Tuesday, July 27, 2010

Tip Untuk Membeli Kenderaan Terpakai


Gambar Hiasan

Setiap individu mengimpikan untuk membeli kenderaan bermotor yang baru .Bukankah ini antara sebab atau pun sebab utama kita bekerja? Malangnya bagi sesetengah individu, impian untuk membeli kereta baru akan kekal sebagai impian kerana bukan semua orang mempunyai pendapatan yang memampukan dirinya membeli kenderaan baru. Kenderaan terpakai adalah alternatif kepada golongan pengguna yang memerlukan kenderaan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Berikut adalah panduan untuk mendapatkan kenderaan terpakai yang yang baik dan berpatutan dengan nilai wang dibelanjakan:

Rekod Servis

Rekod Servis::Minta rekod servis kenderaan tersebut. Ia akan menunjukkan samada pemilik sebelumnya menjaganya ataupun tidak dengan melakukan servis yang sepatutnya mengikut spesifikasi pengeluar. Berhati-hati dengan rekod palsu ! Ini boleh terjadi ! Rekod servis boleh juga memberitahu samada pernah terjadi kerosakan mekanikal yang teruk.

Periksa Kenderaan

Periksa Kenderaan::Periksa kenderaan untuk kesan karat selengkapnya. Tempat terbaik untuk memeriksanya adalah di celah pintu, bawah bonet dan di dalam but. Harus juga beri perhatian kepada kesan cubaan menutup karat dengan kata lain kerja menampal menggunakan cat secara tidak profesional.

Tanda-Tanda Kemalangan

Tanda-tanda Kemalangan::Pada masa sama, periksa tanda-tanda samada kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan. Sebarang tanda cat baru atau tanda penampalan boleh menjadi petunjuk yang kenderaan tersebut pernah memasuki kedai ketuk dan cat selepas terbabit dalam kemalangan.

Periksa Enjin

Periksa Enjin::Periksa bahagian enjin samada pemilik sebelumnya menjaga enjin atau pun tidak. Bahagian enjin kotor, terminal bateri berkarat, gelung getah lusuh atau reput, dan kesan minyak pada bahagian dalam bonet.

Periksa Radiator

Periksa Radiator::Alihkan penutup radiator dan hidupkan enjin semasa enjin masih sejuk. Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakan.

Periksa Ekzos

Periksa Ekzos::Berdiri di belakang kenderaan dan minta seseorang untuk menghidupkan enjin. Asap ekzos berwarna biru atau kelabu bermaksud sistem valve kenderaan tersebut mungkin telah lusuh. Ingat, jika banyak asap yang terbentuk keseluruhan enjin berkemungkinan bermasalah.

Periksa Cermin Kereta

Periksa Cermin Kereta::Periksa keretakan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.

Periksa Bunyi Kenderaan

Periksa Bunyi Kenderaan::Biarkan bonet terbuka dan enjin masih hidup, beri perhatian pada bunyi-bunyi pelik, terutama bunyi seperti ketukan dan mencakar. Juga pandu uji kenderaan tersebut tanpa memasang radio untuk dengar jika terdapat sebarang bunyi pelik.

Periksa Kelengkapan Kenderaan

Periksa Kelengkapan Kenderaan::Periksa samada semua kelengkapan berfungsi.Apa yang penting, semasa uji pandu periksa pemanas dan penyejuk udara. Ini merupakan perkara yang kebiasaannya sering dilupai.Periksa untuk sebarang kebocoran minyak, bukan sahaja di bawah kenderaan tetapi juga di dalam bahagian enjin, terutamanya pada bahagian blok enjin dan bahagian terletaknya palam pencucuh (spark plug).

Periksa Minyak Hitam

Periksa Minyak Hitam::Keluarkan batang yang digunakan untuk periksa minyak hitam dan pastikan minyaknya adalah baru dan tidak berair. Jika minyak tersebut tebal dan kotor berkemungkinan pemilik sebelumnya jarang sevis kenderaan tersebut.

Sejarah Servis

Sejarah Servis::Buat perbandingan antara fakta-fakta ini dengan sejarah servis. Harus diingati terdapat kenderaan bermotor terpakai yang bagus dan ada yang tidak.

Berhati-hati Dengan Jurujual

Berhati-hati Dengan Jurujual::Berhati-hati dengan kenyataan dan perbuatan jurujual yang tidak bertanggungjawab dengan menutup sebarang kerosakan mekanikal yang serius dimana sukar dikesan pembeli. Ada jurujual yang sanggup menghasilkan rekod penuh servis kenderaan yang palsu.

Fikir Dulu Sembelum Membuat Keputusan

Fikir Dulu Sembelum Membuat Keputusan::Ingat wang yang anda ingin gunakan adalah hasil titik peluh anda, jangan beli kenderaan pertama yang anda periksa. Buat pencarian dahulu di semua kedai yang ada dan cuba untuk periksa kesemua kenderaan dengan teliti. Ia juga satu cara pelaburan untuk membawa kenderaan tersebut kepada mekanik persendirian untuk pemeriksaan dan penilaian. Ianya adalah wang anda ; jangan biarkan sesiapa membuli anda ke arah pembelian yang akan anda sesali kemudian.

Info Tambahan

Pemeriksaan luaran

Pastikan keadaan luaran tidak berkarat dan berfungsi dengan baik.

Pemeriksaan enjin

Enjin tidak diubahsuai, bersih dan tiada kebocoran.

Pemeriksaan dalaman

Keadaan dalaman kereta dalam keadan baik dan tiada yang berkarat atau retak.

Pandu uji kenderaan

1. Hidupkan 'switch' kereta - pastikan meter suhu bergerak,lampu minyak dan lampu bateri menyala
2. Hidupkan enjin - pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox, suhu kepanasan stabil.
3. Pandu kereta - Pastikan tiada bunyi dan gegaran

Pemeriksaan terakhir
Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama dengan dokumen pendaftaran kereta.

2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

nice sharing...betul tu..semua kena ambil kira...;-)

Kampungku2u said...

langkah berjaga2 supaya tidak kena tipu...kebanyakan penjual mahu untung je tapi faktor kebaiakn sesebuah kenderaan yang nak di jual tak ambil kira sangat.Duit bukan senang nak cari... hehe.. :) :)

Klik Klik Di Sini