Friday, July 16, 2010

Penjagaan Tayar Kereta



Berikut adalah beberapa tip keselamatan tayar yang boleh diamalkan oleh pemandu.

Jangan gunakan tayar yang bunganya sudah halus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas atau melompat dari air ketika membrek dan menyukarkan kawalan pemandu.

Pemilihan tayar tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Pastikan dalam tayar sentiasa sesuai. Tekanan rendah akan menjejaskan kekuatan tayar manakala tekanan terlalu tinggi boleh menyebabkan sesuatu di luar dugaan dalam kawalan atau pergerakan. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar tayar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.

Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.

Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tingg, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan kenderaan hilang kawalan serta kecederaan serius.

Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara. Juga, bukan lucu sekiranya tayar kenderaan anda tercabut dan berpusing melintasi anda, menybabkan kenderaan hanya tinggal tiga roda.

Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.

No comments:

Klik Klik Di Sini