Tuesday, July 27, 2010

Tip Untuk Membeli Kenderaan Terpakai


Gambar Hiasan

Setiap individu mengimpikan untuk membeli kenderaan bermotor yang baru .Bukankah ini antara sebab atau pun sebab utama kita bekerja? Malangnya bagi sesetengah individu, impian untuk membeli kereta baru akan kekal sebagai impian kerana bukan semua orang mempunyai pendapatan yang memampukan dirinya membeli kenderaan baru. Kenderaan terpakai adalah alternatif kepada golongan pengguna yang memerlukan kenderaan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Berikut adalah panduan untuk mendapatkan kenderaan terpakai yang yang baik dan berpatutan dengan nilai wang dibelanjakan:

Rekod Servis

Rekod Servis::Minta rekod servis kenderaan tersebut. Ia akan menunjukkan samada pemilik sebelumnya menjaganya ataupun tidak dengan melakukan servis yang sepatutnya mengikut spesifikasi pengeluar. Berhati-hati dengan rekod palsu ! Ini boleh terjadi ! Rekod servis boleh juga memberitahu samada pernah terjadi kerosakan mekanikal yang teruk.

Periksa Kenderaan

Periksa Kenderaan::Periksa kenderaan untuk kesan karat selengkapnya. Tempat terbaik untuk memeriksanya adalah di celah pintu, bawah bonet dan di dalam but. Harus juga beri perhatian kepada kesan cubaan menutup karat dengan kata lain kerja menampal menggunakan cat secara tidak profesional.

Tanda-Tanda Kemalangan

Tanda-tanda Kemalangan::Pada masa sama, periksa tanda-tanda samada kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan. Sebarang tanda cat baru atau tanda penampalan boleh menjadi petunjuk yang kenderaan tersebut pernah memasuki kedai ketuk dan cat selepas terbabit dalam kemalangan.

Periksa Enjin

Periksa Enjin::Periksa bahagian enjin samada pemilik sebelumnya menjaga enjin atau pun tidak. Bahagian enjin kotor, terminal bateri berkarat, gelung getah lusuh atau reput, dan kesan minyak pada bahagian dalam bonet.

Periksa Radiator

Periksa Radiator::Alihkan penutup radiator dan hidupkan enjin semasa enjin masih sejuk. Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakan.

Periksa Ekzos

Periksa Ekzos::Berdiri di belakang kenderaan dan minta seseorang untuk menghidupkan enjin. Asap ekzos berwarna biru atau kelabu bermaksud sistem valve kenderaan tersebut mungkin telah lusuh. Ingat, jika banyak asap yang terbentuk keseluruhan enjin berkemungkinan bermasalah.

Periksa Cermin Kereta

Periksa Cermin Kereta::Periksa keretakan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.

Periksa Bunyi Kenderaan

Periksa Bunyi Kenderaan::Biarkan bonet terbuka dan enjin masih hidup, beri perhatian pada bunyi-bunyi pelik, terutama bunyi seperti ketukan dan mencakar. Juga pandu uji kenderaan tersebut tanpa memasang radio untuk dengar jika terdapat sebarang bunyi pelik.

Periksa Kelengkapan Kenderaan

Periksa Kelengkapan Kenderaan::Periksa samada semua kelengkapan berfungsi.Apa yang penting, semasa uji pandu periksa pemanas dan penyejuk udara. Ini merupakan perkara yang kebiasaannya sering dilupai.Periksa untuk sebarang kebocoran minyak, bukan sahaja di bawah kenderaan tetapi juga di dalam bahagian enjin, terutamanya pada bahagian blok enjin dan bahagian terletaknya palam pencucuh (spark plug).

Periksa Minyak Hitam

Periksa Minyak Hitam::Keluarkan batang yang digunakan untuk periksa minyak hitam dan pastikan minyaknya adalah baru dan tidak berair. Jika minyak tersebut tebal dan kotor berkemungkinan pemilik sebelumnya jarang sevis kenderaan tersebut.

Sejarah Servis

Sejarah Servis::Buat perbandingan antara fakta-fakta ini dengan sejarah servis. Harus diingati terdapat kenderaan bermotor terpakai yang bagus dan ada yang tidak.

Berhati-hati Dengan Jurujual

Berhati-hati Dengan Jurujual::Berhati-hati dengan kenyataan dan perbuatan jurujual yang tidak bertanggungjawab dengan menutup sebarang kerosakan mekanikal yang serius dimana sukar dikesan pembeli. Ada jurujual yang sanggup menghasilkan rekod penuh servis kenderaan yang palsu.

Fikir Dulu Sembelum Membuat Keputusan

Fikir Dulu Sembelum Membuat Keputusan::Ingat wang yang anda ingin gunakan adalah hasil titik peluh anda, jangan beli kenderaan pertama yang anda periksa. Buat pencarian dahulu di semua kedai yang ada dan cuba untuk periksa kesemua kenderaan dengan teliti. Ia juga satu cara pelaburan untuk membawa kenderaan tersebut kepada mekanik persendirian untuk pemeriksaan dan penilaian. Ianya adalah wang anda ; jangan biarkan sesiapa membuli anda ke arah pembelian yang akan anda sesali kemudian.

Info Tambahan

Pemeriksaan luaran

Pastikan keadaan luaran tidak berkarat dan berfungsi dengan baik.

Pemeriksaan enjin

Enjin tidak diubahsuai, bersih dan tiada kebocoran.

Pemeriksaan dalaman

Keadaan dalaman kereta dalam keadan baik dan tiada yang berkarat atau retak.

Pandu uji kenderaan

1. Hidupkan 'switch' kereta - pastikan meter suhu bergerak,lampu minyak dan lampu bateri menyala
2. Hidupkan enjin - pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox, suhu kepanasan stabil.
3. Pandu kereta - Pastikan tiada bunyi dan gegaran

Pemeriksaan terakhir
Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama dengan dokumen pendaftaran kereta.

Monday, July 19, 2010

Tip Memandu Ketika Hujan


Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan kenderaan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu menjadi kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Terdapat tiga aspek sebagai panduan jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, iaitu:

Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan.

Semua pintu mempunyai dakapan getah (seal) yang baik.

Pastikan tiada kebocoran pada bahagian enjin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air.

Pastikan sistem klac, sistem brek serta brek tangan di dalam keadaan baik.

Pastikan keadaan bunga tayar yang baik untuk cengkaman sepenuhnya.

Pengelap (wiper), hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika melalui jalan yang dinaiki air, iaitu:

Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang dilalui dengan melihat had tinggi tayar.

Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi enjin khususnya bahagian sistem penyalaan.

Elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dibasahi air dan mengenai pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki.

Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

Berikut adalah beberapa teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air:

Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.

Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.

Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek

Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj.

Uji tindakan di atas berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.

Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju..

Friday, July 16, 2010

Penjagaan Tayar Kereta



Berikut adalah beberapa tip keselamatan tayar yang boleh diamalkan oleh pemandu.

Jangan gunakan tayar yang bunganya sudah halus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas atau melompat dari air ketika membrek dan menyukarkan kawalan pemandu.

Pemilihan tayar tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Pastikan dalam tayar sentiasa sesuai. Tekanan rendah akan menjejaskan kekuatan tayar manakala tekanan terlalu tinggi boleh menyebabkan sesuatu di luar dugaan dalam kawalan atau pergerakan. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar tayar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.

Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.

Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tingg, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan kenderaan hilang kawalan serta kecederaan serius.

Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara. Juga, bukan lucu sekiranya tayar kenderaan anda tercabut dan berpusing melintasi anda, menybabkan kenderaan hanya tinggal tiga roda.

Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.

Sunday, July 11, 2010

Adab Ketika Makan


Gambar Hiasan

Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)

Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Menjawab salam

Imam Nawawi dalam al-Azkar mengatakan makruh hukumnya memberikan salam kepada orang yang sedang makan. Orang yang diberi salam pula tidak wajib menjawabnya.

Beliau menghuraikan apakah maksud hukum makruh itu. Katanya: Hukum makruh itu ialah apabila makanan itu berada dalam mulutnya, jika mulutnya tiada makanan, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab." (al-Azkar, edisi tahqiq 2003, Daar al-Hadith, Cairo. ms 238)

Bercakap ketika makan

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, "Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam "Bab memuji makanan". Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan." (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabibertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kalaNabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut. (tambahan compiler)

Cuci tangan sebelum dan sesudah makan

Aisyah ra mengatakan, bahwa Rasulullah bila hendak tidur dalam keadaan junub maka beliau berwudhu terlebih dahulu, dan apabila beliau hendak makan maka beliau mencuci kedua tangannya terlebih dahulu." (HR Nasa'ie no. 256, Ahmad, 24353, dan lain-lain)

Mengenai mencuci tangan sesudah makan, Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang tidur dalam keadaan tangannya masih berbau daging kambing dan belum dicuci, lalu terjadi sesuatu, maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri." (HR. Ahmad, no. 7515, Abu Dawud, 3852

Berwudhu jika berjunub

Aisyah ra menyebutkan, bahawa Rasulullah saw jika dalam keadaan junub lalu hendak makan atau tidur, maka beliau berwudhu terlebih dahulu, seperti berwudhu untuk solat." (HR Bukhari, no. 286 dan Muslim, no. 305)

Tak melengahkan makan setelah terhidang

Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, "Jika makan malam sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam." (HR Bukhari dan Muslim)

Jangan tergesa menghabiskan makan

Ibnu Umar menyatakan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah kalian tergesa-gesa menyelesaikan makan malam kalian jika sudah disajikan." (HR. Ahmad)

Mengambil makanan yang jatuh

Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah saw bersabda, "Jika makanan salah satu daripada kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaklah ia dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan" Dalam riwayat yang lain dinyatakan, "sesungguhnya syaitan bersama kalian dalam segala keadaan, sehinggakani syaitan bersama kalian pada saat makan. Oleh karena itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaklah dibersihkan kemudian dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan. Jika sudah selesai makan maka hendaknya jari jemari dijilati karena tidak diketahui di bagian manakah makanan tersebut terdapat berkah." (HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218)

Tidak mengambil makanan lebih dari satu

"Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya." (HR Bukhari no. 2455 dan Muslim no 2045) Ibnul Jauzi mengatakan, "Hadith ini berlaku pada saat makan bersama-sama. Pada saat makan bersama biasanya orang hanya mengambil satu kurma saja. Maka jika ada orang yang mengambil lebih dari satu, maka berarti dia lebih banyak daripada yang lain. Sehingga harus minta izin terlebih dahulu dari orang lain." (Kasyful Musykil, 2/565)

Menyantap makanan setelah dingin

Dalam Zaadul Ma'ad (4/223) Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, "Nabi saw tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.

Saturday, July 10, 2010

Panduan Potong Kuku


Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Thursday, July 8, 2010

Patung lilin Ronaldo



Dengan pengiktirafan melalui pelbagai anugerah termasuk Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, bukanlah menghairankan Cristiano Ronaldo menjadi rebutan banyak kelab antarabangsa.

Menjadi pemain tambatan dan kesayangan Manchester United satu ketika dahulu, kelab tersebut bagaimanapun melepaskan Ronaldo apabila Real Madrid mahu membelinya dengan bayaran RM431 juta.Banyak betol duit Ronaldo agaknya berapa jenerasi nak habiskan dengan duit yang mencecah ratusan juta...

Cristiano Ronaldo berpindah pada tahun 2009 dan meletakkan Ronaldo sebagai pemain paling mahal di dunia dengan bayaran gaji tahunannya bersama Real Madrid dikatakan mencecah RM64 juta.

Dengan status bintang bola sepak terbaik dan termahal dunia, Muzium Madame Tussauds di London memilih untuk menghasilkan patung lilin Ronaldo sebagai pengiktirafan kepada pemain kelab Real Madrid

Idea sebenar patung lilin Ronaldo dilakukan bersempena dengan Piala Dunia 2010 yang kini sedang berlangsung di Afrika Selatan. Pameran patung lilin Ronaldo boleh disaksikan orang ramai terutama peminatnya sejak 9 Jun yang lalu.

Bagaimanapun Liz Edwards mengatakan tempoh masa menyiapkan patung Ronaldo mengambil masa selama empat bulan.Dari segi kos, perbelanjaan yang digunakan pula mencecah RM711,225

Patung lilin Ronaldo turut dibarisi oleh pemain tersohor lain seperti David Beckham dan kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard.

Memahami Hati Seorang Lelaki


Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

Myvi edisi khas untuk wanita


Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.

Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.

Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.

Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.

"Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta.

"Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam sumber kosmo

Monday, July 5, 2010

Perjalanan Hidup


Dalam kehidupan kita tidak akan boleh lari dari masalah.Kadang kala masalah yang akan mencari kita dan itulah yang di namakan cabaran hidup bagi setiap insan yang bergelar manusia.Setiap manusia masing-masing ada kekurangan serta kelebihan pada diri sendiri.

Demikian kehidupan yang pasti akan merasa keperitan hidup yang selalu terjadi pada setiap insan yang bergelar manusia dan kita tidak boleh lari dari masalah.Apa yang mengelirukan sebab dan mengapa ini terjadi yang pasti Allah merangcang sesuatu perkara dengan bersebab kerana dia maha mengatahui lagi maha pengasih pada hambanya.

perjalanan yang penuh dengan cabaran serta dugaan merupakan ujian pada hambanya yang merupakan insan yang telah di janjikan oleh pencipta bahawa setipa amal serta perbuatan akan di hitung di hari kelak.Setiap insan perlu tahu arah tujuan hidup agar tidak tersalah langkah dalam dunia yang penuh dengan tipu daya yang boleh menghancurkan diri sendiri.

Kehidupan tak seindah yang kita gambarkan dan setiap saat kita bersedih kerana memikirkan hal yang berlaku di sekeliling kita ,masyarakat pada hari ini yang kebanyakan hanyut dalam khayalan dunia yang tidak tahu apa kesudahannya ,kita sering lupa bahawa masih ada yang menyayangi diri kita iaitu Allah yang menjadikan kita dengan sebaik-baik kejadian kerana itu haruslah bersyukur di atas pemberianya.

Kehidupan tidak seharusnya kita sia-siakan kerana banyak perkara yang perlu kita fikir untuk masa hadapan baik berkeluarga mahupun bermasyarakat ,seperti mana yang kita sering tahu ,arah tuju hidup kita perlu berteraskan kejayaan dalam kehidupan serta mencari keredhaan hidup baik dunia mahupun akhirat.

Dalam hidup ini...Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah.

Ingatan Bersama
panjang sangat karang tak baca lak... :)

Saturday, July 3, 2010

Ayam Golek Tergolek



Gambar Hiasan...

Hari ini aku rasa nak makan ayam golek jadi semalam aku dah buat servey kedai mana yang paling best nak dapatkan ayam golek .. aku ngat kejap lagi aku mahu terjah kedai yang di katakan sedap menyegat macam goreng pisang panas haha beria je macam la sedap sangat..malam ni ada pasar malam pulak memang ada je yang tengah fikir nak beli...makan tidak jugak.....

Sebenarnya sudah lama aku tak makan ayam golek ,asyik makan ayam jugak tapi ayam kfc je jadi nak tukar selera pulak kepada ayam yang tengah tergolek kepanasan dengan aroma yang pasti cukup menyelerakan pada sesiapa yang tengok mesti akan mahu merasa keenakan ayam golek kak kiah hehe... suke2 je letak nama takda la aku pun tak tahu nama dia apa yang penting sekejap lagi akan aku terjah.... dengar cerita ada anak gadis comel meletup habis hehe.. ni nak beli ayam golek ke nak tengok ayam golek issshhhh sama je tuh yang penting mata tak tersasar ke arah lain sudah.... 

Tahun lepas masa bulan Ramadhan aku ada beli ayam golek ,tapi nak dapat satu ekor punya la lama aku tunggu ,berjam-jam jugak la untuk dapatkan ayam golek orang ramaikan bulan puasa kena banyakan bersabar.. Bercakap pasal puasa sebenarnya kita dah hampir ke arah bulan Ramadhan ,bila waktu bazar bukan main lagi itu nak beli ini nak beli masa berbuka makan sejemput je lepas tu dah tak nak makan sebab banyak sangat minum air yang selebihnya tak habis bagi kucing makan ,itupun kalau ada kucing dekat rumah .teringat pulak kat kampung berbuka puasa dengan family...sekarang bila dah jadi anak perantau berbuka puasa dengan kawan yang nama dia ali lak hehe takda la gurau je... hai bila la nak kawen hehe.......

Sekian.....................Terima Kasih

Friday, July 2, 2010

Beauty of Mathematics !!!!!!!

Enjoy


Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..

Have a nice day & God bless!!

Klik Klik Di Sini