Tuesday, May 18, 2010

Viva Terjun Longkang



Viva terjun longkang sebelum ni sudah di tegur oleh pemandu lori supaya memandu dengan berhati-hati kerana faktor keselamatan “Hargailah Nyawa Anda” pada mulanya kereta ni menuju ke destinasi yang tidah tahu arah tujuanya, tetapi sebelum berlaku kemalangan pemandu viva ni seolah-olah macam ingin menunjukan skill yang hebat hehe..tapi skill yang di tunjukan ke longkang jugak akhirnya.. bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...

Pemandu yang terjun bersama-sama keta viva hanya cedera ringan di bahu serta lengan kanan dan di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan.Kereta tersebut terhumban ke dalam longkang saluran air tetapi bernasib baik saluran air tidak pecah, kalau tidak terus mandi bersama-sama kereta viva.kos kerugian belum di ketahuai tetapi pemandunya selamat.

Pada yang memandu kereta sporty yang mekap gila-gila & berhabis duit beribu-ribu untuk sebuah kereta sayangilah kereta dan nyawa anda termasuk aku sekali hahah...hendaklah berhati-hati semasa buat drift kehkehkehkeh.ingatlah orang tersayang.kecuaian anda membawa padah.Jangan lupa pakai seatbell kerana setbell boleh menyelamatkan nyawa anda serta dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu...pandu cermat jiwa selamat.. =)

Monday, May 17, 2010

Kisah Alqomah


Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul maut. Ketika berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Ketika mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahwa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Ketika Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya".

Maka ketika Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia mengutamakan istrinya dari aku, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Ketika ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". Maka ketika Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalangi Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu setelah dia mengucap.

Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.

Mana Gempa Bumi



Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa padatepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab! hehe...

Kekebalan Tembok China Dalam Piala Thomas


SELEPAS terlepas trofi Piala Uber di tangan Korea Selatan kelmarin, skuad badminton lelaki China menebus kehampaan itu apabila ditabalkan selaku juara Piala Thomas 2010.

Kemenangan 3-0 ke atas Indo- nesia pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam membolehkan China muncul juara Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2004.

Sebaliknya, Indonesia yang turun selaku pilihan kedua kejoha- nan terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk merobohkan Tembok Besar China yang kukuh dalam saingan Piala Thomas.

Ketua jurulatih China, Li Yong- bo menganggap kejayaan tersebut telah membuktikan China masih merupakan kuasa besar dalam sukan badminton dunia.

"Biarpun kami terlepas gelaran Piala Uber hari ini (semalam) tetapi kami berjaya menjulang Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut.

"Pujian seharusnya diberikan kepada semua pemain, baik lelaki mahupun wanita kerana mereka telah berusaha dengan gigih untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

"Ternyata segala persiapan yang dilakukan bagi menghadapi Piala Thomas dan Uber kali ini telah membuahkan hasil walaupun pasukan wanita gagal mempertahankan kejuaraan mereka," jelas Yongbo.

Sementara itu, pengurus pasukan Indonesia, Rusdianto Yacob berkata, beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka kerana menganggap semua pemain telah memberikan aksi terbaik.

"Ini merupakan adat dalam setiap pertandingan kerana pasti ada yang akan menang dan tewas.

"Tidak dinafikan China meru- pakan sebuah pasukan yang hebat, namun kemenangan itu tidak peroleh dengan mudah kerana pemain-pemain Indonesia tetap memberikan tentangan yang sengit.

"Kekalahan ini pastinya akan menjadi pengajaran buat kami dan selepas ini kami akan memperbaiki segala kelemahan yang jelas kelihatan dalam saingan Piala Thomas kali ini bagi tampil lebih bersedia pada kejohanan- kejohanan akan datang," katanya.

Terdahulu, bintang sensasi China, Lin Dan menyumbang mata pertama buat pasukannya setelah mencatatkan kemenangan ke atas Taufik Hidayat 21-7, 21-14 dalam acara perseorangan pertama.

Rentak kecemerlangan tersebut diteruskan oleh gandingan beregu, Cai Yun/Fu Haifeng apabila menewaskan pasangan Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12 bagi meraih mata kedua China.

Pemain perseorangan kedua, Chen Jin mengesahkan kejuaraan milik China apabila menyumbang mata ketiga selepas menundukkan Simon Santoso 19-21, 21-17, 21-7.

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir


Hari ni aku balik awal keja sebab nak tengok separuh akhir kejohanan badminton Piala Thomas malaysia menentang Denmark.balik2 je terus dok depan tv pehhh semangat beb mana boleh tak tengok rugi...

Semangat bukan main lagi cemas, berdebar, takut semua ada haha. tapi harapan kita hampir2 tipis untuk ke peringkat akhir namun hafiz Hashim bangkit menewaskan pemain Denmark di saat getir dan berjaya mara untuk menentang pemain china hari jumaat 14.05.10.fuhhh memang tarik nafas lega kalau tidak bungkus hehe....

Apa2 pun kita ucapkan syabas kepada hafiz Hashim kerana berjaya menewaskan pemain Denmark..Corak permainanya bagus kerana Hafiz Hashim berjaya mengawal fikiran semasa menentang pemain Denmark.Syabas di ucapkan....

Malaysia Boleh !!!


MALAYSIA melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Denmark 3-2 pada
perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra malam ini.
Lee Chong Wei mn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17.

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17, 21-19.

Wong Choong Hann tewas kepada Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21. Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas kepada Lars Paaske/Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21.

Hafiz Hashim mn Joachim Persson (DEN) 21-12, 21-10

Monday, May 10, 2010

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,"

Thursday, May 6, 2010

Quenchua Khemah Segera


Pengguna yang gemar menggembara memang tidak asing lagi untuk mendirikan khemah.Tapi bagi pengguna yang hanya mengembara sekali-sekala pasti akan berasa sakit kepala jika mahu mendirikan khemah sendiri, terutama apabila teralalu letih.Oleh itu syarikat Quenchua telah mencipta satu khemah segera.Khemah segera mempunyai spring yang berfungsi apabila ingin mendirikan khemah.Pengguna hanya perlu melontar ke udara langit lalu menunggunya jatuh ke bawah Spring itu akan melantun keluar maka khemah sudah siap didirikan.memang berita baik bagi seorang yang pemalas..Walau khemas segera ini menyenangkan keseronokan mengembara untuk mendirikan khemas sendiri tidak ada dalam diri...

iBrella Payung Bersifat Kemanusiaan



Iberella ini dicipta oleh pereka fesyen Ole Ciliox,keistimewaan adalah ia telah dilengkapi alat pemain muzik.Apabila payung dibuka, muzik akan dimainkan ,namun bila payung ditutup, muzik akan berhenti apa yang lebih menkagumkan pada payung ini mempunyai deria arahan.Jika berpusing ke kiri, suara akan menjadi kecil akan tetapi suara akan menjadi besar bila payung berpusing ke kana.Untuk memilih lagu pengguna hanya perlu memutarkan payung.Malahan jika ingin mengubah mod memain muzik pengguna hanya perlu memegang payung lalu melompat macam katak hehe...Walau agak bersifat seperti kemanusian tetapi bagi orang yang mempunyai permintaan tinggi terhadap lagu ingin menukar mod yang berlainan untuk mendengar lagu yang berbeza mungkin ia menjadi terlalu letih....

Tuesday, May 4, 2010

Elakan Fitnah Dalam BerSMS


Kalau kia lihat sekarang ni penipuan berbentuk peraduan atau hadiah lumayan menggunakan SMS tetapi SMS juga di jadikan platform bagi sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang tidak berasas.Apabila berlakunya perkara sedemikian sudah tentu ia memporak-perandakan keamanan individu yang terlibat.Kalau korang lihat SMS di pilih sebagai komunikasi kerana perkhidmatanya yang murah, cepat, meluas serta mudah..

Namun begitu kelebihan yang ada sekarangni sering disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan SMS yang berbaur fitnah,serta menyentuh perkauman.Kesanya ia boleh mencetuskan persengketaan dan sekaligus membabitkan keselamatan negara.

Sebenarnya kita perlu dididik supaya memastikan kebenaran dahulu berita yang diterima sebelum terperangkap dengan penyebaran fitnah.Sebarang berita yang diterima perlu dipastikan kesahihan kebijaksanaan serta kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan ia tidak terpedaya dengan berita yang berunsur fitnah..

Jadi kita perlu di didik agar menggunakan perkhidmatan SMS untuk perkara2 yang mendatangkan kebaikan sebagai contoh “ jom farid aku belanja ko mkn satay kajang” hehe..ni SMS buat pahala jadi hidup kena buat yang terbaik tak kira la dalam apa jua runtin harian yang kita lakukan yang penting guna SMS dengan bijak...ok ngee ~

Klik Klik Di Sini