Monday, March 15, 2010

Datuk Lee Chong Wei Menang Dalam Piala All England


Datok Lee Chong Wei menang dalam piala all england 2010 menewaskan Kenichi TAGO dari japan.Sememangnya Datuk Lee Chong Wei adalah pemain harapan malaysia yang telah mengharungi nama malaysia sebagai pemain badminton No.1 dalam malaysia.

Sungguh teruja dengan aksi pantas Datuk Lee Chong Wei Yang beraksi dalam gelanggang yang tidak mahu tewas dalam memenangi piala all england 2010. Sebagai rakyat malaysia kita patot berbangga dengan adanya Datuk Lee Chong Wei yang banyak berjasa demi mengharungi nama malaysia dalam sukan badminton.

Datuk Lee Chong Wei adalah pemain kental serta pantas dalam aksi smash serta bijak dalam mengawal bulu tangkis dari pihak lawan...Datuk Lee Chong Wei memang hebat.kerana mu malaysia ..wahh skema je ayat kat atas tu mcm aku tulis nak masuk dalam paper lak hehe..

Apa pun kami akan terus menyokong Datuk Lee Chong Wei !!

Malaysia Bolehhhh !!!

Merah membara semangat waja
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat,jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang di bawah naungan mu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan,ketaatan amalan murni rakyat malaysia...

Wahh semangat betol aku hahaha..entah betol entah tidak aku tulis lagu kebangsaan..main hentam je ...ngee...MALAYSIA BOLEH BEB..!!

2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

yeahhhh..malaysia boleh...

unniesya said...

masa tgk perlawann final all england fuh..!!berdebar..chong wei byk wat silap..kenichi tago lak tangkas..tp nasib baik la Datuk lee cong wei akhirnya yg mng match tu...malaysia boleh..!!

Klik Klik Di Sini