Monday, March 29, 2010

Dapat Hadiah Dari Seseorang



Hadiah ni aku dapat dari seseorang yang perihatin kat aku sebab jarang2 dapat hadiah sila gelak hehehehe... xde la gurau je ni hadiah birthday aku so dia bagi la....tapi hadiah ni birthday yang tahun lepas punya sila ketawa lagi haha....

Hadiah ni sungguh bermakna bagi aku sebab....nak tahu sebab apa?

1. Sebab jarang dapat hadiah..
2. Suke bila dapat hadiah
3. Dapat hadiah tanda orang ingat kat kita,tak kira la berapa ramai yang bagi 5 orang ke 10 orang ke yang penting dia ingat kat kita
4. Dpat hadiah mahal ke murah ke tak penting yang penting dia ikhlas nak bagi
5. Nak dapat hadiah susah setahun sekali belum tentu dapat ( sedihnya )
6. Dapat hadiah tak semestinya dari pasangan kita kawan di sekeliling kita pun boleh buat hadiah itu bermakna dalam hidup kita.
7. Dapat hadiah dari seseorang boleh buat kita fikir akan kebaikan yang ada pada diri seseorang itu betol ke? Hehe..
8. Dapat hadiah tanda seseorang itu ambil berat dekat kita walaupun dia cuma kawan kita sahaja.
9. Dapat hadiah boleh buat hubungan seseorang itu lebih rapat walaupun sekadar kawan biasa
10. Dapat hadiah boleh buat seseorang itu gembira dalam hidupnya.

Nak cakap pada yang couple lagi bestkan sebab

" Birthday je dapat hadiah ( kena bagi tu )
" Keluar jalan2 je dapat hadiah ( dah depan mata kan )
" Merajuk je dapat hadiah ( pujuk balik )
" Dapat no.1 dalam kelas dapat hadiah ( dah janji dgn bf )
" Datang bulan pun dapat hadiah ( bf belikan sbb tak boleh keluar hadiah jugakan )
" Takde kredit dapat hadiah ( abg topupkan )
" Sakit pun dapat hadiah ( abg dtg bawak buah kesukaan syg )
" Kawen lagi dapat hadiah ( tak sabar nak buka hadiah yang paling besar )

Haha bestkan pada yang couple.....apa2 pun nak tido dah dah malas dah nk fikir ..

Friday, March 26, 2010

Beautiful Blogger Untuk Dia Neh..



Aku di tag oleh unniesya yang comel manis hehe.. dia mesti rindu kat kita kan haha...lawak2 sya ni buat aku parah..memang parah meleleh dah ni hehe....pape pun time kasih banyak2 kat unniesya kerana bagi award kat aku....syg dekat dia kehkehkehkeh.....pada yang link blog aku dekat blog dia kalau aku tak tag aku mintak maaf sebab tak dapat di kesan hehe...

Beautiful Blogger Award Ni Aku Anugerahkan Kepada : ~

<< Life Is A Maze >>
<< Memoirs Of Suraiza >>
<< Qalam Rauqah >>
<< Dunia Izryn >>
<< Perjalananku >>
<< Memories Of Us Rosma >>
<< Ketika Tasbihku Merintik >>
<< Live Laugh Love >>
<< Simple But Elegant >>

7 Perkara Tentang Diriku...

1.Suke bercerita
2.Suke berkawan
3.Suke mencari sesuatu yang baru
4.Mudah memahami ya ke ?hehe..
5.Suke baby..hemhem.....ngee~
6.Suke jalan2 cari makan
7.Suke tentang keindahan alam ciptaan Allah

Award ni memang dah ada yang dah dapat, tapi aku nak bagi jugak mungkin dorang ni patut dapat lebih anugerah ni haha..nasib .la.. =) aku dah bagi kat korang jadi korang bagi la kat sape2 yang korang rasa patut dapat,kemudian yang last korang bagi tahu 7 perkara tentang diri korang ya....ngee : ~

Mekasih Untuk Semua.. =)

Tuesday, March 23, 2010

Hidup Seorang Guru


Entry ni penah post... tapi pada blog yang dah delete...jadi post lagi sekali..

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Monday, March 22, 2010

Sudah Di Tukar Yang Baru



Hari ni aku banyak tito dari mengadakan xtvt coz tido lewat semalm..buat apa?entah....x leh tito layan DVD je...bagun dari tido pergi kedai perabut sebab nak beli almari baju.Almari baju yang lama tak sesuai untuk bilik aku...ulang tidak sesuai untul bilik aku haha..entah pape ayat tak leh bela betol..

Masa time beli dia letak harga RM 499 aku dapat tawar dengan harga RM 370 ok ke tak?cite dia cam ni masa aku sampai kira dah habis godek aku tengok rasanya yang ni je paling lawar & design dia pun terkini...apa tu terkini ?entah aku pun tak tahu main sebut je bolekan..haha..first aku tawar dia bagi kat aku RM 430.aku cakap mahal tokey kalo RM 400 saya angkat..

Lepas tu aku setuju untuk ambil almari neh..Jadi aku pun keluar pergi ambil duit dekat ATM aku saje je sebenarnya nak pergi servey tempat lain lagi hehe....jadi aku singgah la dekat kedai lain lak..masa tu almari baju yang aku tegok lebih kurang sama Cuma yang membezakan takde tangkai n kunci..kakak tu bagi kat aku RM 340 murahkan? Ke mahal bagi korang?hehe...apa2 je la...

Jadi akupun fikir sejenak... fikir punya fikir aku rasa yang kedai yang mula2 aku pergi lagi cantik ada tangkai n kunci..jadi aku pun pergi la jumpa tokey..ya tokey takdi masa saya pergi ambil duit saya singgah kedai perabut tempat lain....

AmiEr : ya tokey takdi masa saya pergi ambil duit saya tengok kat kedai sebelah sana kakak tu bagi kat saya RM 340 je tokey,...

Tokey : ya ke?serupa dengan yang ini ke lain?

AmiEr : sama la tokey kat kedai sana pun pakai kayu getah jugak tokey..Cuma yang membezakan kat kedai sana takde kunci..

Tokey : kejap2 saya tengok katalog...

Lepas tu tokey datang............. Ngee.. =)

Tokey : ya la betol2 ada satu lagi takde kunci...

AmiEr : kalo macam tu tokey bagi la harga murah lagi..

Tokey : mana boleh sudah murah ma....

AmiEr : boleh lagi tokey dekat kedai kakak sana boleh dapat RM 340 takan tak boleh dapat murah lagi tokey...murah ckit lagi...

Tokey : ya la cam ni sebab awk selalu datang kedai saya saya bagi 370..amacam ?

AmiEr : ok tokey setuju.....senyum sebab dapat buat tawaran yang hebat hehe... =)

Kalo saya cakap kedai kakak sana tida tangkai n kunci konpom takdapat...hehe....tangkai saje dah RM 8...ringgit

Masa aku balik dari beli perabut aku...singgah pasaraya jap..sedang nak bayar nfon bbry aku berdering hello....rupanya tokey perabut sudah sampai kat rumah aku..dalam hati apasal tokey ni cepat sangat dtg...pada hal baru 30 minit je berlalu...terkejar2 jgk la blk umh...kira service tokey ni mantap..tak payah tunggu lama2 dah sampai umah....kalo tempah makanan secepat macam ni kan best hehe....pk makan je keja....k dah habis dah..pergi wat keja...tak pun pergi tido...syuhhhhhh...syuhhhh...haha da mood nk menulis..=)

Saturday, March 20, 2010

Aku Dan Semalam Yang Memenatkan


Salam bersua kembali mintak maaf sebab dah lama tak update,busy ckit dengan kerja yang patut dia siapkan.semalam aku keluar dengan kawan aku nama dia wan nur akmal bukan nama sebenar sila gelak haha...nama betol la tuh...student ukm mintak tuan dia tak baca..Ngee..

Semalam aku jalan2 cari makan dekat mid, masa sampai dekat mid kita orang makan dekat mcd dulu brakfast la konon hehe... nanti perut masuk angin macam mana nak tengok wayangkan.lepas tu baru pergi tengok wayang cite pilihan solomon kane. cite ni takde la best sangat sampaikan kawan aku ni naik borink siap nak tido lagi tu, nasib aku tegur jangan tido lagi hari belum larut malam..terus dia tak tido...cite salamon kane ni aku bagi 3***

Habis je tengok wayang kita orang pergi main bowling huhu dah lama aku tak main bowling best...!! layan sampai 2 game..masa tu ingat nak tambah game lagi tapi line full jadi kita orang terus keluar pergi shopping dekat jusco..saya beli baju 2 pasang lepas tu kita orang pergi makan lagi dekat ayamas fuhhhh menyelerakan..tapi lepas makan rasa nak tido je mungkin kenyang sangat nak jalan pun dah malas...apa pun sume best.. =)

Lagi2 Lawak hangat


Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian
bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah
malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan
nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk
masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang
penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

PALING BERSIH

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam
di sebuah restoran.
Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh
pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki: "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang
paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks
yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat
hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui
isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..

Kadang Kala Kita Kena Menerima Pendapat Orang Lain


MANUSIA yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.

Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.
Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.

Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.

Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'.

Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

Perkara Yang Di Larang Dalam Solat


Menempelkan kaki yang satu dengan yang lain ketika berdiri.

Berdiri di atas satu kaki.

Duduk di antara dua sujud dengan berjongkok (kedua-dua lutut terangkat dan telapak tangan di atas lantai).

Memasukkan kedua-dua tangan dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud kerana menyamai perbuatan orang Yahudi.

Mengangkat pakaian ketika sujud manakala lelaki dilarang menyelak rambut ketika waktu solat.

Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan daripada dada.

Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul-ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Perkara ini tidak baik jika seseorang itu menjadi imam. Dia sepatutnya berdiam diri sejenak sebelum membaca al-Fatihah dan sebelum rukuk.

Bagi makmum, jangan menyambung takbiratul-ihram sendiri dengan takbiratul-ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Dia patut mendiamkan diri sejenak sebelum takbiratul-ihram mengikuti imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua. Ia perlu dipisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

Solat dalam keadaan mahu membuang air besar atau kecil atau mengenakan sepatu yang sempit. Perkara ini boleh menghalang seseorang khusyuk dalam solat.

Wednesday, March 17, 2010

Dadih Nape Kau Manis Sangat


Salam bersua kembali =) semalam aku da buat dadih oppsss korang jgn silap baca lak cuba baca lagi sekali “DA DIH” ..ha betol la tuh pandai pun anak sape la ni...ngee~ Em wokey ni first time aku buat dadih.sebab terfikir nak buat dadih ni masa tu aku da msg dekat kawan aku nama dia nurul cantik namanya macam orangnya jugak. Hehe.aku saje je nak tnya kabar ( apa kabar mu di sana... lama sudah tak berjumpa ) uikz nyayai lak..lupakan !..kawan aku ni budak uitm..

Ceritnya hri tuh aku msg kat kawan aku tengah buat apa tu?masa tu dia tak jawab lepas tuh dia reply maaf ya takdi kat dapur tengah buat dadih...aku pun terfikir sebelum ni aku beli je dadih kalau nak makan..Jadi aku tnya la kawan aku ni macam mana nak buat dadih ni..Jadi nurul ni cerita la blablablabla......aku plak oooookoooookooook k.o =)

Aku pun pergi la pasaraya nak beli serbuk dadih termasuk barang lain sekali ...habis je beli barang aku pun balik umah relex dulu sebab nak tengok tv....layan cite jap..lepas tuh aku pun masuk dapur jadi chef dadih..malas nak cite panjang aku pun buat la sampai jadi.bila dah siap masuk dalam peti ais...besok bila nak rasa rupanya dadih yang aku buat manis sangat..kawan aku main selamba je makan aku cakap kat dia, kau makan je la aku tak nak kena potong kaki hehe..jadi dia makan la sampai habis bukan ckit banyak tu.. tiga mangkok hayun aku buat...masa buat tak rasa dulu haha takpa kawan aku boleh makan jadi bagi je dia makan sampai habis...

Apa pun dadih memang best....!! nanti buat kali ke dua mesti jadi punya la..haha...ok2 habis dah cite dadih p buat keja yang mana nak tido p tido.... =)

Monday, March 15, 2010

Datuk Lee Chong Wei Menang Dalam Piala All England


Datok Lee Chong Wei menang dalam piala all england 2010 menewaskan Kenichi TAGO dari japan.Sememangnya Datuk Lee Chong Wei adalah pemain harapan malaysia yang telah mengharungi nama malaysia sebagai pemain badminton No.1 dalam malaysia.

Sungguh teruja dengan aksi pantas Datuk Lee Chong Wei Yang beraksi dalam gelanggang yang tidak mahu tewas dalam memenangi piala all england 2010. Sebagai rakyat malaysia kita patot berbangga dengan adanya Datuk Lee Chong Wei yang banyak berjasa demi mengharungi nama malaysia dalam sukan badminton.

Datuk Lee Chong Wei adalah pemain kental serta pantas dalam aksi smash serta bijak dalam mengawal bulu tangkis dari pihak lawan...Datuk Lee Chong Wei memang hebat.kerana mu malaysia ..wahh skema je ayat kat atas tu mcm aku tulis nak masuk dalam paper lak hehe..

Apa pun kami akan terus menyokong Datuk Lee Chong Wei !!

Malaysia Bolehhhh !!!

Merah membara semangat waja
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat,jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang di bawah naungan mu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan,ketaatan amalan murni rakyat malaysia...

Wahh semangat betol aku hahaha..entah betol entah tidak aku tulis lagu kebangsaan..main hentam je ...ngee...MALAYSIA BOLEH BEB..!!

Saturday, March 13, 2010

Khasiat Dalam pemakanan


"Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
Menghadap Kiblat
Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
Baca doa penerang hati
Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Kesihatan tanggung jawab kita bersama =)

Thursday, March 11, 2010

Memang Allah Sengaja


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa
dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa
depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah
tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA =)

Wednesday, March 10, 2010

Macam Mana Nak Jadi Kaya



Macamana nak jadi kaya..
Kalau hutang panjang berjela
Macamana nak jadi kaya..
Simpanan 1 sen pon tak pernah ada..
Macamana nak jadi kaya..
Kalau asyik berangan saja..

Macamana nak jadik kaya..
Buat bisnes tali pun melingkup aje…
Macamana nak jadi kaya,
kalau asyik berjudi saja..
Modal 2 ringgit kononnya ,
Bole dapat sejuta..

Macamana nak jadi kaya..
kalau ngan tuhan pon..kita masih buat selamber…
Bukankah rezeki itu datang,dari-Nya…
Bukan dia yg mintak kat kita..
Tapi kita selalu buat buat lupa..
Tu la pasal tak leh nak kaya..
Akhirnya kita juga yang sedih giler..
Atas kesilapan sendiri yang reka.
Habis nak kata apa??
Terima je ler..
kecuali kita rasa nak berusaha,
Bukan takat ngan khudrat yg ada..
Beserta doa dan air mata..
Menginsafi atas segala dosa..
Minta tuhan mengubah qadarnya
Mudah mudahan cerah semula..
Masa depan yg tak tentu hala..
Berkat sabar, doa, dan usaha..
Serta tawakkal kepada-Nya..
Tentu Allah s.w.t takkan sia-siakan,hambanyaa..
Akhir cerita.. dah tentu bahagia.
Tapi dengan syarat.. tak usahlah lupa..
Nanti roda berpusing semula..
Akhirnya.. tak jugak jugak kaya..

Tuesday, March 9, 2010

Hidup Kita


Hidup anugerah Allah yang maha luas kurnianya..Tahukan korang kita hidup memerlukan udara..Jadi bagaimana kita boleh bernafas melalui udara?sepertimana yang kita ketahuai nafas adalah pinjaman yang di kurniakan kepada kita untuk kita guna sebagai cara mengabdikan diri pada yang maha esa.

Adakah kita tahu hidup kita Cuma ada 3 hari?

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah....
Hari ini ~ Apa yang sedang kita lakukan....
Esok ~ Hari yang belum pasti....

Tahukan anda hidup dalam 2 nafas?

Nafas naik
Nafas turun

Nafas yang naik adalah pemberian sementara oleh Allah supaya kita mencari keredhaanya..Jadi jangan sia2kan nafas yang di beri percuma oleh Allah pada kita semua...

Nafas turun adalah nafas yang ke 2 mungkin nafas terakhir yang kita gunakan sebelum roh dan nyawa di tarik dari alam yang fana ini...oleh itu jadikan nafas ke 2 adalah nafas taubat pada kita sebelum kita di panggil kemudian hari...” Insaflah wahai manusia kita ini kan di noda “ hiasilah diri kita dengan keimanan yang tegoh agar diri kita di lindungi dari bahang api neraka yang tak terperi sakitnya...

Insaflah..dan solatlah 5 wak2 kerana solat tiang agama..... =) ingatan sesama insan..ok

Monday, March 8, 2010

Makan Nasi Kukus Pun Sedap




Salam Bersua kembali kali ni aku pergi jalan2 cari makan dekat pasar malam dan apa yang aku jumpa tu ha gambar yang menyelerakan anak tekak tengok pun dah terliurkan,sebenarnya aku pergi pasar malam nak beli apa je yang menyelerakan aku..

Gambar yang kat atas sekali tu nama dia nasi kukus..sedapppppppp....nanti nak beli lagi la haha...makanan yang ke dua aku satey.Jadi semalam aku makan sampai habis bila dah kenyang rasa nak tido lak tapi lepas makan tidak digalakan tido kerana nasi belum jatuh ke perot ehhhh betol ke?betol la kot hehe...

Kawan aku pulak sibuk nak cari astro sampaikan aku suruh dia beli nasi dia tak nak nak jugak astro,jadi aku bawak dia pergi cari astro nak sangat astro..katanya borink dok kat umah kiranya nak tukar selera la gamaknya sebelum ni asik beli DVD je hhaha lantak ko lah nak astro ke nak apa ke yang penting ko bayar sudah =)

Balik umah santap puas2 si kawan aku lak takdi masa dekat pasar malam dia beli satey jugak dia trngok aku beli satey dia pun nak beli satey.apa2 je lah.Kawan aku ni berdarah sejuk ckit jenis yang tak boleh kena tiupan angin sejuk mula la sejuk,kalau nak ikutkan kat rumah peti ais ada,tapi kalo beli air botol ke air kotak ke dia bukan nak simpan dalam peti ais tapi simpan dekat meja yang kat ruang tamu jadi yang suke minum sejuk aku je la hehe...rasanya tak elok sangat sebenarnya minum sejuk ni ada kala tukar2 la rasa nak minum teh panas buatlakan.Kalo dekat rumah,kawan aku ni nak minum panas je mungkin nak jaga uratsaraf tak nak bagi tersimpul haha...ya la sangat...

Macam aku lak jenis yang suke jaga pemakanan kekadang nak sihat kena makan makanan yang berkhasiat baru sihat tubuh badan...’Makan Selagi Boleh Makan ‘ Ngee....

Saturday, March 6, 2010

Sibuk Dengan Urusan Kerja Harian


Salam bersua kembali mintak maaf banyak2 la ya sbb tak hupdate blog yang dah hampir2 nk bersarang....bukan apa aku busy dengan kerja yang patot aku siapkan sebab syarikat kami ada audit dari luar negara.....Jadi segala kerja yang melibatkan data yang untuk di audit kena update betol2 supaya tiada masalah apabila audit dijalankan..

Terasa begitu lama aku menyibukan diri aku dengan kerja,tapi dalam masa yang sama rasa dah tak sabar2 nak berblog kembali kerana berblog dapat hilangkan tension..sambil menziarahi kawan2 betol x?kan hehe......rindu2 ngee..

Tapi untuk 2 minggu yang sudah memang terlalu busy sampaikan balik rumah mandi,makan tido....laptop pun dah malas nak buka...lebih baik tido dari memenatkan diri berjaga semata2 nak update blog haha....apa pun time kasih pada yang ziarah.!!

Bila penat berkerja fikiran mula la melayang nak pergi tengok wayang.Tapi apa cite best sekarang ni ya?tolong bagi tahu nak kuar tengok ni..hehe...sebelum tu nak tanya, ada sapa2 nak ikut tak?kalo nak ikut jom kita sama2 enjoy sambil habiskan duit hehe....

Tuesday, March 2, 2010

Fitnah Dalam Islam

Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.

Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.

Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat. Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.

Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”( Ibn al-Imam, Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.

Demikian syirik, kufur, bid’ah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadang-kala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.

Nabi s.a.w dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa-doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi s.a.w, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata.

Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah s.a.w. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulamak hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk “Sifat Solat Nabi s.a.w”.

Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi s.a.w apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) “Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).

Demikian doa yang seperti ini -dengan keindahan bahasa arabnya- menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya.

Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.

Telah berulang kita membaca doa Nabi s.a.w. “Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa.
Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu airmata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi s.a.w mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama.

Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasulNya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kadang-kala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.

Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).

Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam ‘kelentong’ dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.

Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita putus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu.

Walaupun kadang-kala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya.

Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai wajah demi menggoda kita semua?

Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini? Berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Pada zaman Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum muslimin, termasuk para sahabah Nabi s.a.w. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini.

Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Berbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah.

Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): “Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Sebelum pertempuran antara dua sahabah; ‘Ali dengan Mu’awiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang mashyur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda’ yang datang menemui Mu`awiyah dan berkata: “Wahai Mu`awiyah! Apakah alasanmu memerangi `Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan”.

Jawab Mu`awiyah: “Aku memeranginya kerana darah `Uthman dan sesungguhnya `Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh `Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai`ah (janji taat) dengannya”.

Maka Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pergi menemui `Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Mu`awiyah. Saiyyidina `Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: “Kami adalah pembunuh `Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami”. Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270).

Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu`awiyah dan bertanya: “Engkau memerangi `Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?”.

Jawab Mu`awiyah: “Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa `Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah `Uthman. Beritahu `Ali, serahkan pembunuh `Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya.” (Ibid 8/132).Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi’in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.

Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti ‘Ali bin Abi Talib sepupu Nabi s.a.w juga khalifah yang sah, ‘Aisyah isteri Nabi s.a.w sendiri, Mu’awiyah sahabah Nabi s.a.w, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi s.a.w.

Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.

Copy Dari Blog Personaaiman.......Sekadar Renungan Sesama Islam..

Monday, March 1, 2010

Hari Ini Aku Demam




HARI NI AKU DEMAM

Pagi takdi aku pergi jumpa Doctor....

Doctor : Ya sakit ape dik ?

AmiEr : demam Doctor...

Doctor : Sudah berapa lama ? ( soal Doctor )

AmiEr : Dari semalam lagi Doctor

Doctor : Ambil suhu badan.. Ooo demam ni...terus tulis dekat fail pesakit..

AmiEr : Emmm..sy nak.....( Doctor Terus Cakap )

Doctor : Hari ni saya bagi awak cuti satu hari

AmiEr : sebenarnya ayat Emm sy nak mintak cuti tapi doctor dah bagi tahu sebelum
saya cakap hehe kira bagus la kan.mana larat nk keja kalo demam..

Doctor : Ada ape2 lagi yang boleh saya bantu...

AmiEr : Takda doctor terima kasih doctor...( buka pintu kelaur tunggu amik ubat )

keluar makan jap lepas tu masuk koperasi,beli air mineral..kebetolan ada pakcik jual madu gamat..2 botol RM 30 terus beli bukan apa beli untuk kesihatan...Balik umah terus tidoooooo....sbb tak larat.....

Kehidupan Isteri Dalam Berumah Tangga


Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2

individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan

dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan

fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2

kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang

isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah

suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini

kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya

nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari

tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas

terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi

suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut

lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5

pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini

kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi

tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat

bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2

nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu

apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki

aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat

lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah

dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur

peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan

dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat

coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur

tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia

tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata

SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia

orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia

orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai

kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang

lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!



Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa

mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,

kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak

dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan

yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak

soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah

dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan

yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak

berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari

langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu

hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam

perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,

ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

Klik Klik Di Sini