Asmaul Husna

Calendar

Chat Room

Yahoo Massenger

Klik Klik

Klik Untuk Bagi Makan

Klik Link

My Blog List

Petua Untuk Wanita

On 4:31 PM


Payudara kekal cantik
Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara
yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba
petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.

Menghilangkan Keputihan
Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua
ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih.
Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan
biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.

Elak Pakai Coli Lebih 12 Jam
Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada
tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara.
Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum
air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser paayudara.

Meningkatkan Kesuburan
Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari.
Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah!!

Penawar Sakit Haid
Ketika hadi, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara
menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu
lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. Minum
selama tiga kali, insya-Allah sakit akan hilang. Ibu yang baru bersalin juga boleh minum selama
tiga kali untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawa
Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan
(anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan
dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan
kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu
jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.
Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah jatuh.
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya
dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas
dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu
tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.
Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas.
SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara
perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik
untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima setelah
berkahwin nanti.

Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap
dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Petua Kembali Gadis
Petua 1 : Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut
dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan
airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan
diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air.
Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan
masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan
selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

Merapatkan Peranakan
Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka
selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas
dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.

Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
Petua 1 : Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair
kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping
daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di
atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit.
Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan
tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak
enak.

Petua 2 : Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan
sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam.
Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau
berasa tidak selesa.

Category : edit post

0 Response to "Petua Untuk Wanita"

Klik Klik Di Sini

Time

Klik2 Di Sini

Award From Unniesya

Followers

Bagi Makan Ya

Klik Link

Ada Apa Pada Nama

MOHD AMIR
MMesra
OOportunis
HHarum
DDinamik
AAmanah
MMenawan
IIkhlas
RRamah
Apa ada pada nama?