Thursday, January 14, 2010

Ada Ape Dengan Pisang


Buah pisang kaya akan mineral seperti kalium, magnesium, fosfor, kalsium, dan besi. Bila dibandingkan dengan jenis makanan lain, mineral pisang, khususnya besi, hampir seluruhnya (100 persen) dapat diserap oleh tubuh.

Berdasarkan berat kering, kadar besi pisang mencapai 2 miligram per 100 gram dan seng 0,8 mg. Jika dibandingkan dengan buah apel, yang hanya mengandung 0,2 mg besi dan 0,1 mg seng untuk berat 100 gram.

Kandungan vitaminnya juga sangat tinggi, terutama provitamin A, iaitu betakaroten, sebesar 45 mg per 100 gram berat kering, sedangkan pada Apel hanya 15 mg. Pisang juga mengandungi vitamin B, iaitu vitamin, riboflavin, niasin, dan vitamin B6 (piridoxin).

Kandungan vitamin B6 pada pisang juga cukup tinggi, iaitu sebesar 0,5 mg per 100 gram. Selain berfungsi sebagai koenzim untuk beberapa reaksi dalam metabolisme, vitamin B6 berperanan dalam sintetis dan metabolisme protein, khususnya serotonin. Serotonin diyakini berperan aktif sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak.

Vitamin B6 juga berperanan dalam metabolisme energi yang berasal dari karbohidrat. Peranan vitamin B6 ini jelas menguatkan energi bagi otak untuk aktiviti sehari-hari.

No comments:

Klik Klik Di Sini