Friday, December 11, 2009

Susunan Pada Setiap Atom


Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.

No comments:

Klik Klik Di Sini