Asmaul Husna

Calendar

Chat Room

Yahoo Massenger

Klik Klik

Klik Untuk Bagi Makan

Klik Link

My Blog List


W32.Dozer

W32.Doser mula tersebar pada 4 Julai 2009 yang menimbulkan serangan disebut sebagai Denial of Service ke atas kerajaan intitusi kewangan dan laman media di Amerika syarikat dan Kora Selatan...



Confiker

Mula dikesan pada November 2008 namun confiker menjadi ancaman terbesar komputer pengguna pada Mac dan April lalu.Cacing ini membenarkan penciptanya memasang perisian pada mesin yang dijangkiti secara kawalan jauh.Ape yang boleh dilakukan perisian ini masih belum diketahui....



Albert Gonzales

Pada Ogos 2009 pihak berkuasa Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bertulis beberapa nama yang dikehendaki termasuk Albert Gonzales atas kesalahan penceroboh data terbesar dalam sejarah...


Scareware

Scareware merupakan perisian antivirus palsu yang dikesan tersebar luas yang dikesan sepanjang tahun lalu ,ia memperdaya org ramai untuk memuat turun aplikasi yang lazimnya dilakukan pada lama web tidak diketahui.Penjenayah menakutkan pengguna dengan memberitahu bahawa komputer mereka telah dijangkiti virus perisian percuma ini kononya dapat mengatasi masalah tersebut.Malah ada yang minta pengguna membayar perisian berkenanaan...



Operasi Phish Phry

Pada October tahun lalu,badan kesalamatan FBI melancarkan operasi “phish Phry “ untuk menahan pencuri identiti talian yang telah memperdaya ribuan orang menerusi xtvt Phising.Menurut FBI jumlah penahanan kali ini merupakan jumlah terbesar setakat ini melibatkan kes jenayah siber

Category : edit post


NEW YORK - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini menjalankan siasatan terhadap kegiatan penggodam terhadap kumpulan perbankan terkemuka, Citigroup Inc yang mengakibatkan kehilangan wang berjumlah puluhan juta dolar Amerika dari akaun para pelanggan, lapor The Wall Street Journal kelmarin.

Institusi kewangan itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya sistem komputer mereka telah diceroboh.

"Tidak ada pencerobohan dan tidak ada apa-apa kerugian yang ditanggung,'' jelas Citigroup dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, memang pada waktu tertentu berlaku kes-kes seperti pecah amanah atau masalah ketirisan membabitkan sistem pihak ketiga tetapi mereka sentiasa mengambil tindakan segera untuk menjaga kepentingan pelanggan dan Citigroup.

Bagaimanapun, The Wall Street Journal melaporkan bahawa seorang pelanggan Citibank, institusi perbankan di bawah Citigroup mendapati wang simpanannya sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) telah lesap dan akhirnya didapati disalurkan kepada bank di Latvia dan Ukraine.

Category : edit post


Micheal Jackson

Kematian raja pop Micheal Jackson menggegarkan dunia.Pada masa yang sama ia turut membuatkan penjenayah siber mengambil peluang menyebarkan spam dan malware hanya selepas beberapa jam kematianya.Penjenayah siber lebih tahu bahawa micheal jackson mempunyai jutaan peminat di tambah pula dengan spekulasi atau khabar angin yang bermacam2 mengenai kematianya,ia menjadi ucapan mudah untuk pengguna klik pada pautan yang tersebar...


Barrack Obama

Tidak cukup dengan dunia sebenar,Barrack Obama juga menjadi sasaran dalam dunia talian.Nama presiden Amerika Syarikat ini digunakan penjenayah siber untuk menyebarkan malware dengan menyediakan petikan ucapan,reformasi kesihatan dan ekonomi yang kononya datang daripada presiden ini.Sedangkan ia boleh diperolehi daripada mana2 sahaja...


Serina William

Pemain tenis popular ini pernah bergaduh besar dengan pengadil perlawanan Terbuka Amerika September 2009,sehingga mencetuskan insiden besar yang dirakamkan dalam format video.Ia menjadi video yang paling dicari ditalian dan penjenayah siber menggunakan peluang ini kononya membawa pengguna melihat video di laman web berisiko yang pada perisian antivirus percuma.Perisian antivirus ini sebenarnya palsu dan dalam istilah lain disebut Scarware...


Ptrick Swayze

Seperti mana kematian Micheal Jackson Patrick Swayze juga telah menimbulkan huru hara di gunia talian pada 2009.Pengguna yang ingin mendapatkan berita tentang actor ini terdedah dengan pelbagai ancaman termasuk Scareware pada hos lama web...


Harry Potter

Filem Keenam Harry Potter juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran penjenayah siber untuk memperdaya pengguna begitu juga dengan siri2 sebelum ini.Sejumlah besar email spam dilihat tersebar ke seluruh dunia untuk peminat klik pada pautan yang kononnya menayangkan trailer atau sedutan filem ini.Walhal ia mengandungi kandungan berniat jahat....

Category : edit post

Nokia X3

On 5:39 PM 0 comments



Direka untuk pencinta music,Nokia X3 merupakan telefon bimbit siri 40 pertama nokia yang menyokong Ovi Store.Korang boleh muat turun lagu kegemaran,permainan dan aplikasi terkini terus ke telefon bimbit disamping menikmati lagu dan video yang telah dimuatkan sedia ada.sokongan pelbagai jenis format lagu dan ciri speker lantang terbina membenarkan anda menikmati music secara bebas tangan dan tanpa had...

Nokia x3 turut di lengkapi radio Fm terbina dan kamera 3.3 mp.Perkongsian lagu serta gambar boleh dibuat menerusi USB 2.0 serta bluetooth..

GSM 850/900/1800/1900/S40 PR9.1.SKRIN 2.2”QVGA/262K WARNA/ACTIVE TFT/240X320 PIKSEL/MEMORY 46MB/SLOT KAD SD.PIM/SYNCML KAMERA 3.2MP/4 X ZOOM/PERALATAN SUNTINGAN /CLIP ART,FLASH LITE 3.0/SMS/MMS/AMS SOKONGAN MP3/MP4/AAC/EAAC+/WMA/WMV/RAKAMAN VIDEO H263 QCIF/MPEG4QVGA/BLUETTOTH v2.1/A2DP/AVRCP/USB 2.0 SAIZ 96X49.14.1.

Category : edit post

Archos 9

On 5:05 PM 0 comments




Seperti yang dijangka lebih banyak table PC muncul pada tahun ini.salah satunya daripada archos yang memperkenalkan table PC saiz 9 inci yang membolehkan korang mengakses internet dan menjalankan pelbagai fungsi pengkomputeran secara mudah alih.Ia di sifatkan sebagai netbook hujung tinggi yang turut di lengkapi Windows 7 terkini skrin sentuh,bentuk ergonomik,tetikus serta butang maya untuk memudahkan anda menavigasi menu ada skrin

Archos 9 juga bertindak sebagai pemain media dengan paparan boleh ubah untuk anda menonton video HD penuh 1080p atau persembahan slaid foto.memori sehingga 60GB membolehkan korang menyimpan lebih banyak kandungan multimedia disamping muat turun video dari archos media club.Korang juga boleh mengakses internet menerusi pilihan sambungan WIFI atau 3.5G dari penyedia telekomunikasi serta berhubung ke rangkaian sosial seperti Facabook,IM Windows Live dll....

Intel Atom z510 1.1 GHz.Skrin 8.9”/LED Backlight/1024x600.video intel poulsbo US 15W.OS Windows 7.memory 1GB DDR2 SDRAM 400/HDD 60 GB/WIFI/PCI-E /IEEE 802.11b/g/Ethernet/Bluetooth 2.0 + EDR Audio Reltek /2x speker stereo/Microfon.port USB 2.0 DC-IN /jek 3.5”Kamera web 1.3mp /Battery 5 jam /Adapter Luaran Microsoft Security Essential /lotus /vTuner/Windows Live.Saiz 256x143x17mm/800g.

Category : edit post


Hari ni aku shopping sakan al maklumlah dah dapet bonus beriban2 best2 #&*@$5bulan bonus + asb 2k saje ehhh terlepas cakap plak hehe...korang jgn marah ya bukan pa x baik sesama insan huhu...Ok berbalik pada shopping sakan aku lebihkan pada barang perabut bagi melengkapkan peralatan di rumahku...orang kata “ rumahku syurgaku ”

Besok XTVT aku mengecat rumah bagi nampak tertarik menarik ko memang de booommmm..haha xde la saje saje xde wat pa so baik aku mengecat rumahkan....da jugak faedahnya....

Aku ni boros ckit tapiii boros beli barang yang memberi manafaat dan kesejahteraan sesama insan hahaha....ape yang aku mengarut nie...xpe yang penting kita happpyyyy...
gambo aku rasa x yah aku masukan nanti org ckp paiiiyooo lak Just aku masukan orang gaji yang paling sexy dia ni yang bagi idea tok hiasan rumah haku walla..hehe. ...TQ luangkan masa baca entry yang aku tebarkan nie...kalo aku x hup date Busy la 2...x pun mls nk hup date....TQ

Category : edit post


Dengan nama Allah dan perintahnya.Apa2 pekerjaan baik yang akan kita kerjakan hendaklah dengan nama Allah,ertinya kerana Allah dan mengharapkan keredhaanya,yaitu dengan menyebut Bismillah.....

Apa2 nikmat yang kita terima dan apa2 yang indah di atara isi alam yang luas ini hendaklah kita puji Allah kerana pokok dan asalnya ialah dari Allah...
Allah itu maha pengasih dan maha penyayang lebih2 lagi kepada kita,kerana dia yang menganugerahkan pikiran yang luas dan keangotaan yang cukup.tetapi sekali pun begitu dia berkuasa di hari kemudian hari buat menyiksa org2 yang tidak menurut perintahnya...

Kerana Allah amat banyak memberi kita bermacam2 nikmat,maka wajiblah kita menyembahnya dan tiada yang disembah selain daripadanya...wajib kita minta tolong kepada Allah untuk menyampaikan cita2 kita dan mengamalkan amalan perbuatan kita,kerana dia yang berkuasa menghilangkan segala aral yang melintang.
Adapun minta tolong sesama manusia dalam batas kemampuanya.Tetapi jika kita minta tolong kepada manusia di luar batas kemampuanya seperti minta masuk syurga,murah rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat maka yang demikian amatlah terlarang dalam islam..begitu juga meminta pada batu2,kayu2,kubur,kerana pekerjaan itu mempersekutu Allah dengan lainya...

Hendaklah kita memohon kepada Allah supaya dia memberi hidayah dan taufiq kepada kita untuk melalui jalan yang lurus yang menyampaikan kepada kita kebahagian di dunia akhirat iaitu dengan menurut petunjuk Al-Quran..

Manusia ni ada 3 macam

~ Orang2 yang beroleh nikmat daripada Allah serta tiada dimurkai dan tiada pula sesat kerana mereka mempergunakan nikmat itu menurut perintanya.( siapa yang beriman kepada Allah,ditunjuki Allah hatinya )
~ Orang2 yang dimurkai Allah kerana ingkar akan Allah dan nikmatnya yang tak terhitung banyaknya.
~ Orang2 yang sesat atau salah mempergunakan nikmat itu atau dalam keraguan,sehingga mereka itu tidak mengetahui jalan manakah yang akan di tempuhinya.....
Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah yang maha luas kerajaanya....

Category : edit post


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Category : edit post



Menyelerakan x ???bestkan haha mlm xd aku lanja kwn aku mkn mc’d yang x seberapa ni coz aku tahu kawan aku ni suke makan mc’d.. tu yang aku lanja dia mkn....giliran aku lak ada hehe...tguuu.....Tgu dapat bonus katanya..entah berapa riban la dapat dengar cite banyak melimpah ruah kat bank...p yang bank punya la..hampeh bank punya wat pe kan....bkn leh kuar pun....p yang betol banyak la....tu yang nak dengar.....huhu.....

Takde ape nk nk cite sangat just xtvt aku mlm ni kuar makan mc’d...terkilan sungguh aku x tgk2 lagi cite ninja yang aku beli smlm....entah bila la aku nak tengok ..beli dah beli dah...ngat nak p tengok wayang je... al-maklumlah aku xde masa lagi tok luangkan masa tok diriku ni tengok wayang...tu yang aku beli dvd ja....layan ja kat umah...Leh tergolek kiri,kanan,depan Belakang...haha.....Best2....

Category : edit post


Semalam aku keluar pergi karaoke setelah penat berkerja so layan perasaan dengan karaoke...kawan aku lak ajak memang baik sangat la untuk lepaskan tension...bukan selalukan sambil tu lihat permandangan bandar dot..dot..dot...hihihi..

Kawan aku pulak sorang ni dia ni suke menyanyi...biarpun sware cukup-cukup makan pun bagi dia ape yang penting kita gumbira...So layan la sampai pagi...Lagu pilihan Rock Kapak Baik punya ....

Lagu first aku nyanyi ape lagi kalo bukan wings huhu fav aku tuhhh....So nyanyi la puas puas walau sware tak sedap sampaikan anak tekak pun dah lain macam bunyinya....kawan aku pulak sware kejap bunyi kejap tak.....sampaikan dah takde sware jadinya kesian sungguh ...

Aktiviti Hari Semalam..

~ Siang tido...

~ mlm bangun goreng nurget ( hantu lapar )

~ mandi ....

~ Kemas pape yang patot ( orang Umah Lum da g... hihi..)

~ Pergi karaoke....( Layan Perasaan )

~ Makan Lagi... ( Jam kol 3 pagi )

~ Beli DVD Ninja ( Tak tengok pun lagi )

~ Tido....ZzZzZzZzZz......

Category : edit post


1.Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam tetapi engkar baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat.

2.Seseorang yang Solah bermusim 2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardu mengamalkan yang sunat.

3.Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.

4.Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.

5.Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.

6.Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.

7.Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan beribadah.

8.Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.

9.Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.

10.Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan dirinya.Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram hingga selesai memberi salam.Subhanallah.

Category : edit post


Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Category : edit post



Ditekankan bagi seorang muslim supaya memperbanyakan bacaan Al-Quran untuk mendekkatkan diri kepada Allah SWT,mengharapkan redha-nya & memperolehi keutamaan & pahala daripadanya.

Orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan sesat di dunia dan tidak celaka di akhirat, dengan firmanya “maka barangsiapa yang mengikutku ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka “ ( thaha :123 )

Sabda rasulullah SAW “Bacalah Al-Quran karana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya. “ HR muslim dari abu Umamah “

Dari ibnu mas’ud r.a ...katanya Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh ganda.Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf : alif lam satu huruf : lam satu huruf : mim satu huruf “ HR At-Tirmidzi,hadith sahih...

Dari Aisyah r.a...katanya : Nabi SAW bersabda : “ Orang yang membaca Al-Quran dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat,sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala,yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya..

Digalakan berkumpul dan bertadarus Al-Quran Rasulullah SAW bersabda “ tidaklah berkumpul satu kaum di salah satu rumah Allah seraya membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka ,kecuali turunlah ketenagan ke atas mereka ,serta mereka di liputi rahmat dikerumuni para malaikat dan disebut –sebut oleh Allah kepada para malaikat di hadapanya..... ( HR. Muslim )

Category : edit post


Internet merupakan satu benda yang tidak asing lagi bagi rakyat malasyia...sepuluh tahun dahulu internet hanya satu dunia asing bagi ramai di antara kita tetapi kini ia adalah sebahagian daripada hidup kita sehari harian...kalo di fikirkan balik ada di antara kita tidak boleh hidup tanpa internet . jenis orang apakah itu???manusiakah?makhluk asingkah???makhluk bawah tanahkah???atau makhluk yang datang dari langit???apa yang orang malaysia tahu yang datang dari langit ayah pin jekan..hehe...

Ok sambung cite tentang internet balik..internet ada macam macam kandungan...ada yang baik & ada yang buruk...kalo jumpa yang jahat tu kira adik beradik yang buruk la tu..adik abgkan..jadi persoalanya betolkan laman web lucah paling banyak dilayari di seluruh dunia???eerrrrkkkk kalo korang nak tahu tepuk dada tanya hati bukan tanya selera..kalo tnya selera time nak makan je hehe..

Selain di malaysia blog menjadi antara satumuka untuk ahli berpolitik...lepas je berpolitik bergaduh pulak.!! Kerusi meja sume terbang...Ape sudah jadi???masing masing menunding jari di antara satu sama lain...oleh kerana tiada undang undang Oppss jangan silap undang undang bukan udang udang ya...kalo udang udang dekat kedai makan pak dollah conner banyak...oleh yang demikian blog menjadi perantaraan pilihan walaupun ia mencurahkan rasa tidak puas hati dan marah tetapi tidak semua yang diblogkan adalah benar benar semuanya....betol ke???alahai senyum lak dia betol la tu kalo dah senyum tu...

Kalau kita tengok tren sekarang ramai rakyat malaysia menyebarkan perkara perkara yang tidak baik dan tidak bermoral serta menyalahi undang undang dan ini menyebabkan pembaca yang budiman meluat dengan perkara yang di lakukan serta boleh menyebabkan imej tercalar...

Apa yang kita dapat lihat sekarang ni blog semakin meningkat dari masa ke semasa kerana blog banyak digunakan untuk urusan perniagaan menerusi blog kerana ia ringkas serta senang untuk di pantau..penggunaan internet bagi kanak kanak kecil atau baru nak meningkat dewasa haruslah di pantau dari masa ke semasa bagi memastikan anak ank kecil ni tidak terjebak dalam hal hal yang tidak mendatangkan faedah pada diri sendiri...

Maklumat atau identiti diri adalah penting untuk di rahsiakan dari tersebar bagi mengelakan di tipu oleh penyagak penyagak siber yang membolehkan mereka mengaut keuntungan melalui muslihat mereka..pastikan ibubapa menagani secara berhemah...serta menyelesaikan secara baik dan saksama...

Blog adalah kemudahan buat semua manusia yang berguna dan tidak patot di salah gunakan..oleh itu gunakanlah teknologi bagi mendapat keredhaan Allah bagi meningkatkan kesejahteraan sesama insan...pada yang baca terima kasih banyak2 hehe....

Category : edit post

Mpv Alza Se

On 6:00 PM 0 comments




Bagi yang minat pada MPV ALZA SE ..sekarang korang boleh tengok puas-puas & sekiranya korang bercadang nak beli ALZA SE ni tak silap aku di jangkakan keluar pada bulan 3 tahun depan...
Apa yang pasti MPV ALZA SE memang best !!!....entry paling pendek hehe...malas nak tulis panjang...panjang....

Category : edit post

video

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1.Menyelamatakan nyawa

2.Mengurangkan kesakitan

3.Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4.Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1.Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

2.Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu

3.Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4.Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1.Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2.Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3.Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4.Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:


5.Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]

6.Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]

7.Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

8.Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]

9.Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan

1.Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]

2.Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka

3.Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.

4.Tenangkan mangsa.

5.Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
Keracunan

Tanda-tanda:

10.maklumat dari mangsa

11.mangsa sakit dengan tiba-tiba

12.kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir

13.anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:

1.Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.

2.Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.

3.Segera hubungi hospital

4.Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau
Terkejut

Tanda-tanda:

14.badan berpeluh

15.pucat

16.rasa nak pengsan

17.resah

18.nafas kerap tapi tipis

19.kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan

20.Baringkan mangsa

21.Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga

22.Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'

23.Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan

24.Selimutkan jika suhu badan menurun

25.Segera hantar ke hospital

Terbakar

Klasifikasi terbakar

1.First Degree - dipermukaan kulit sahaja

a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. bengkak sedikit dan rasa sakit
c. cepat sembuh

2.Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf

a. merah
b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3.Third Degree

a. kerosakan tisu lebih dalam
b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital


Rawatan

26.Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk

27.tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih

28.baringkan mangsa

29.jangan gerakkan bahagian yang terbakar

30.beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar

31.hantar segera ke hospital

Melecur


Rawatan

32.sejukkan dengan air sejuk

33.jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian

34.rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik

35.putuskan hubungan elektrik

36.periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti

37.rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation]

Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

Rawatan:RICE

38.Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]

39.Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]

40.Balut tempat yang cedera [Compression]

41.Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]

42.Hantar ke hospital

Ketegangan Otot

Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

Terkehel

Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.
Rawatan:

1.Berikan rawatan renjatan.

2.Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.

3.Jangan lakukan banyak pergerakan.

4.Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.

5.Hantar segera ke hospital.

Category : edit post





Hari ni aku nak kongsi information berkenaan blackberry storm yang tengah meletup di pasaran macam goreng pisang panas...panas ke???entah la aku pun malas nak amik tahu sangat...

Bagiku blackberry storm ni takde la best sangat ...Cuma kelebihanya pada internet kerana dia boleh support 3G brodband...Storm memiliki fitur yang excellent, suara telepon keras dan jernih, juga rate roaming yang luas. Voice dialing, copy-and-paste, programmable side buttons, removable battery dan satu standard headphone jack termasuk kelengkapan BlackBerry Storm. Walaupun camera masih loading lambat, namun memiliki flash yang bagus, 2x zoom dan stabilizer.

BlackBerry yang memiliki display keyboard QWERTY atau kunci SureType. Beberapa kelebihan BlackBerry yakni simple dan memorable. Tipe BlackBerry seperti Pearl dengan trackball tembus cahaya, Bold dengan desain menarik dan cover dari kulit, Cuma ape yang pasti begitula la dari pengalaman yang dah aku lalui..uikz....nk ckp aku dah pakai la ni ya...lebih kurang la kan hehe...

Storm 2 telah di upgrade dari version storm 1 yang mana blackberry storm 2 lagi hebat berbanding storm 1..Harga blackberry storm lebih murah sedikit jika nak di bandingkan dengan iphone 3Gs...

Blackberry storm 1


Screen 360 x 480 px, 3.25 in (83 mm), HVGA, 65,536 color LCD[1]

Camera 3.2 megapixel with video at 480 x 352 px, flash, and autofocus[1]

Operating system BlackBerry OS 5.0.0.328

Input Multi-touch touchscreen display with haptic feedback, volume controls,

proximity and ambient light sensors, 3-axis accelerometer[1]

CPU 528 MHz Qualcomm processor[2]

Memory 128 MB NVRAM[1]

Storage Flash memory: 1 GB onboard[1]

microSDHC slot: supports up to 32 GB

Connectivity Bluetooth 2.0+EDR[1], Micro-USB, A-GPS

CDMA version includes: Dual band CDMA2000/EV-DO Rev. A 800 1900 MHz
GSM version includes: Quad band GSM 850 900 1800 1900 MHz GPRS/EDGE and Uni band UMTS/HSDPA 2100 MHz[1]

Battery 3.7 V 1400 mAh
Internal rechargeable removable lithium-ion battery
Talk time: 330 min
Standby time: 360 hours

Physical size 112.5 mm (4.43 in) (h)
62.2 mm (2.45 in) (w)
13.95 mm (0.549 in) (d)
Weight 155 g (5.5 oz)

Category : edit post



Berbaju Biru bertudung hitam itulah arwah makcik ku yang telah pergi mengadap ilahi pada hari raya ke -4.sedih yang teramat sgt tambah2 ank2nya yang merantau terkejut dgn berita kematian ibunya yang tersayang...”itulah yang dikatakan pergi tak kembali”

Insan yang berhati mulia,lemah lembut tutur katanya membuat ku teringat serta sedih & terharu bila mengenangkan arwah macikku...yang selama ini bertarung nyawa dengan penyakit yang di hidapinya...

Hari kematianya aku merasakan terlalu cepat untuk arwah pergi meningalkan anak serta saudara- maranya tapi apakan daya sudah ketentuan ilahi dan setiap insan pasti mati...Cuma amalan yang akan di timbang di hari kelak....

Teringat semasa aku dari kL blk ke kg aku sempat singah di rumah arwah dan bersalam serta cium tangan arwah..Bila aku memandang muka arwah aku tengok arwah byk termenung dari kebiasaan...sebelum aku blk ke rumah atok.. arwah sempat berpesan supaya hari raya pertama dtg la ke rumahnya..aku ckp insyallah..sambil anggukkan kepala tanda setuju...

Bila sume makcik aku blk aku terus bagi tahu supaya pergi ke rumah arwah pada hari raya pertama...masa tu aku teringin sgt2 nk pergi ke rumah arwah....hatiku cam tak senang je kalo x pergi..rupa-rupanya itu la hari yang terakhir aku jumpa dengan arwah...selalu aku ni bz ckit kalo hari raya pertama mcm2 aku buat tambah2 plak kwn dtg rumah mesti mau layan....

Jdi masa tu kita org pun drive la pergi ke rumah arwah...santap je pe yg da atas meja...bila dah mkn nk mkan lagi... bila mkn nk mkn lagi... maklum la dah time raya cam ne nk benti mkn dah dpt mkn free kan..so kita org borak la tnya arwah ttg penyakit yang di alami...nampak cam kuat lagi Cuma tak byk ckp je...

Bila aku fikirkan balik aku rasa bertuah sbb sempat jumpa dengan arwah sebelum dia kembali ke rahmatullah...dan saat tu sume pakat nagis tambah2 anak kesayangan arwah...anak2 yang merantau bergegas blk walaupun jauh beribu batu....malam kematian arwah kita org pakat baca yasin tok arwah...walaupun di selubungi tagisan anak-anak yang pergi tetap pergi,yang ada lagi kena kuatkan semangat serta perbanyakan doa kepada arwah moga roh arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin..

Pada Korang yang masih mempunyai mak serta ayah...sayangi la mereka kerana syurga di bawah tapak kaki ibu...berikan kasih sayang selagi umur mereka masih ada...bila sudah tiada tagisan tidak berguna lagi...yang pergi tetap pergi semoga amalan menjadi bekalan di akhirat......
Terima kasih kerana sudi luangakan masa untuk baca coretan kisah ku.........

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi....

Category : edit post


Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”

Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’. Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.

Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron. Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’. Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.

Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponennya. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.

Category : edit post



Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.

Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.

Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.

Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.

Category : edit post


Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.

Semasa eksperimen–eksperimen awal teknik pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.

Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.

Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.

Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?

Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?

Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.

Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.

Category : edit post


Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.

Category : edit post

Erin
Ain
Adik Eya

Ni Pic Anak Buah Yang bongsu..p manja ckit biasa la kecik g kan hehe....time nk mkn dia pun nk mkn jgk,time org tido dia pun nk tdo jgk , time nk jalan2 dia pun nk jln2 jgk, boleh dikatakan org buat dia pun nak buat jgk p lau dia nagis nk pujuk bukan senang...Bagi gula2 or bawak jln2 ok blk.....dah besar comel ni cam kakak dia hehe...
Its me...

Category : edit post

video

Category : edit post


Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.
Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.
Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.
Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.
Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.
Dengan itu kenyatan'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.
Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.
Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.

Category : edit post


Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.

Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.

Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.

Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.

Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.

Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' bertarikh kembali pada tahun.

Category : edit post

video

Category : edit post


Abad ke-20 yang baru sahaja kita tinggalkan, merupakan satu abad yang sarat dengan peperangan dan konflik, yang membawa kepada kesengsaraan, pembunuhan beramai- ramai, kemiskinan, dan kemusnahan yang dahsyat. Berjuta-juta manusia telah dibunuh, dihapuskan beramai-ramai, terjerumus ke kancah kebuluran dan kematian, dan juga terbiar tanpa rumah dan kediaman, tiada pelindungan dan sokongan. Dan semua ini tanpa sebarang sebab: melainkan kerana perhambaan mereka terhadap ideologi-ideologi sesat. Berjuta-juta manusia telah terdedah kepada layanan tidak berperikemanusiaan yang tidak layak diterima walau pun oleh haiwan. Hampir di setiap zaman pasti terdapat pemerintah-pemerintah dan diktator-diktator yang menyebabkan semua kesengsaraan dan malapetaka ini: seperti Stalin, Lenin, Trotsky, Mao, Pol Pot, Hitler, Mussolini, Franco… Ketika sebahagian mereka berkongsi ideologi yang sama, sebahagian yang lain pula menjadi musuh ketat mereka. Hanya kerana ideologi mereka yang bertentangan, mereka telah mengheret seluruh masyarakat kepada konflik dan mengakibatkan saudara menentang saudara, mendorong mereka memulakan peperangan, melemparkan bom, membakar dan memusnahkan kereta, rumah, dan kedai-kedai, dan melancarkan demonstrasi- demonstrasi ganas. Dengan membekalkan mereka senjata-senjata, ia telah mendorong mereka untuk membelasah hingga mati orang-orang muda, orang-orang tua, lelaki, wanita dan kanak-kanak atau menyusun mereka menghadap ke dinding dan kemudian menembak mereka… Mereka menjadi begitu biadab sehingga sanggup mengacukan pistol ke kepala orang lain dan merenung matanya, kemudian membunuhnya, dan memijak-mijak kepalanya dengan kaki, hanya kerana dia menyokong idea berlainan. Mereka mengusir manusia daripada kediaman mereka tanpa mengira wanita, kanak-kanak atau mereka yang telah tua…

Demikian gambaran ringkas mimpi ngeri abad ke-20 yang baru sahaja kita tinggalkan: manusia yang menyokong idea-idea yang menimbulkan konflik dan mereka yang mengheret manusia ke arah kesengsaraan dan pertumpahan darah untuk menyokong ideologi-ideologi mereka.

Fasisme dan Komunisme menjadi kepala kepada ideologi-ideologi yang menyebabkan manusia terpaksa menempuh hari-hari yang kelam ini. Ia dilihat sebagai ancaman, sebagai idea-idea yang saling memusnahkan. Sebenarnya terdapat satu kenyataan yang menarik di sini: Semua ideologi-ideologi ini telah disuburkan oleh satu sumber ideologi, mereka mendapat kekuatan dan sokongan daripada sumber ini, dan terima kasih kepada sumber ini, mereka telah berjaya mengheret masyarakat memihak kepada mereka. Sepintas lalu, sumber ini tidak menarik perhatian, sering diabaikan sehingga sekarang, dan sering menonjolkan kepada masyarakat wajahnya yang bersih. Sumber tersebut ialah falsafah materialis dan DARWINISME, sebuah falsafah yang diadaptasikan daripada alam semula jadi.

Darwinisme telah berkembang pada abad ke-19 sebagai satu permulaan semula sebuah mitos berasal daripada kaum Sumerian dan Greek Purba oleh seorang pakar biologi amatur Charles Darwin, dan sejak itu telah membentuk idea berbahaya di sebalik semua idea-idea yang mengancam manusia. Dengan berselindung di sebalik topeng sains, ia telah membenarkan ideologi-ideologi ini dan tindakan penyokong-penyokongnya untuk mendapatkan pengesahan palsu.

Dengan pengesahan palsu ini, teori evolusi kemudiannya telah meninggalkan bindang ilmu biologi dan paleontologi dan mula memberikan ulasan di dalam bidang hubungan manusia kepada sejarah, dan mula mempengaruhi berbagai bidang lain daripada politik kepada sosial. Kerana sebahagian dakwaan-dakwaan asas Darwinisme menyokong beberapa pemikiran yang telah mula bergerak dan terbentuk pada abad ke-19, ia telah mendapat sokongan padu daripada golongan-golongan ini. Pada dasarnya, masyarakat telah mula mencuba untuk menerima idea bahawa terdapatnya "perjuangan untuk hidup" (fight for survival) di dalam hidupan di alam ini, dan hasilnya, idea bahawa "yang kuat akan selamat, yang lain pula akan ditewaskan dan lenyap" telah mula mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku manusia. Apabila dakwaan Darwinisme bahawa alam ini adalah satu tempat untuk bertempur dan berkonflik mula mempengaruhi manusia dan masyarakat, kecenderungan Hitler untuk membina satu bangsa utama, dakwaan Marx bahawa "sejarah manusia adalah sejarah pertembungan kelas-kelas", pandangan kapitalisme bahawa "yang kuat akan menjadi lebih kuat apabila makin banyak yang lemah", penjajahan negara-negara dunia ketiga oleh bangsa-bangsa imperialis seperti Britain dan layanan mereka yang tidak berperikemanusiaan dan kejam, bersama kenyataan bahawa kulit berwarna masih berhadapan dengan serangan rasialis dan diskriminasi, semuanya ini telah mendapat justifikasi.

Walaupun beliau adalah seorang evolusionis, Robert Wright, pengarang buku The Moral Animal merumuskan malapetaka yang telah dibawakan oleh teori evolusi ini kepada sejarah manusia, seperti berikut:

Teori evolusi mempunyai sejarah aplikasi yang panjang, hebat dan kotor ke atas kehidupan manusia. Setelah campur tangan di dalam falsafah politik sekitar abad ini untuk membentuk satu ideologi kabur yang dikenali sebagai "Darwinisme sosial", ia telah jatuh ke tangan rasialis, fasis, dan kapitalis yang kejam.1

Seperti yang akan dilihat di dalam buku ini dan daripada bukti-bukti yang dikemukakannya, Darwinisme bukan hanya sebuah teori yang hanya hendak menjelaskan asal usul hidupan dan terbatas kepada bidang ilmu sains. Darwinisme adalah satu dogma yang masih dipertahankan oleh penyokong-penyokong ideologi tertentu, di samping kenyataan bahawa ia telah dibuktikan palsu daripada pandangan sains. Hari ini banyak pakar sains, ahli politik dan pemikir, sama ada mereka menyedari atau tidak wajah jahat Darwinisme, telah memberikan sokongan mereka kepada dogma ini.

Sekiranya setiap orang dapat memahami kepalsuan saintifik teori ini, yang telah bertindak sebagai satu inspirasi kepada diktator-diktator dan mentaliti yang kejam dan beberapa pemikiran yang zalim, tidak berperikemanusiaan, dan mementingkan diri sendiri, ia akan dapat menghapuskan ideologi-ideologi yang berbahaya ini. Mereka yang melakukan kejahatan tidak akan dapat mempertahankan diri mereka dengan menyatakan, "Tetapi ini adalah undang-undang alam". Mereka akan kehilangan sokongan saintifik untuk sifat mementingkan diri, dan kekejaman mereka.

Apabila idea Darwinisme, punca ideologi bahaya ini, telah dimusnahkan, hanya satu kebenaran akan tinggal. Iaitu kebenaran bahawa semua manusia dan alam ini telah dijadikan oleh Allah. Mereka yang memahami perkara ini juga akan menyedari bahawa satu-satunya realiti dan kebenaran adalah di dalam kitab suci yang telah diturunkan kepada kita. Apabila sebahagian besar masyarakat mula menyedari kebenaran ini, keperitan, masalah, pembunuhan beramai-ramai, mala petaka, ketidakadilan, dan kemiskinan akan bertukar dengan kesedaran, keterbukaan, kekayaan, kelapangan, kesihatan dan kemewahan. Untuk itu, setiap idea songsang yang berbahaya kepada manusia perlu ditewaskan dan dimusnahkan oleh idea mulia yang akan membawa kebahagiaan kepada manusia. Dengan membalas lontaran batu dengan melontar kepada orang lain, membalas pukulan dengan pukulan, dan membalas agresif dengan agresif, bukan penyelesaiannya. Penyelesaiannya ialah dengan menolak idea mereka yang melakukan perkara-perkara ini dan menjelaskan kepada mereka dengan baik dan sabar, perkara sebenar yang perlu mereka gantikannya.

Category : edit post

Magic Lawak

On 9:31 PM 0 comments

video

Category : edit post

video
Hari ni aku nak ajar korang cam ne nak lukis cartun tikus yang cukup di minati oleh kanak-kanak atau org dewasa....or yang tegah baca pun minat gak ke hehe...Apa-apa je la ehhh.... cam aku lak yg nak ajar....takde la....sebenarnya video clip ni aku upload cara-cara macam mana nak lukis cartun comel......

So korang tegok je la cara...nampak je senang & simple tapi lau nk buat alahai susah jugak...berbeza lak pada yang dah pandai...setiap manusia masing2 da keistimewaan yang tersendiri....ape yang pasti bakat semula jadi yang ada pada setiap insan harus di gunakan pada jalan yang betol x kira la berkaitan dengan ape jua sekali pun dalam dunia ni.....

Category : edit post


Pemerhatian secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan bahawa semua golongan anti-agama mengasaskan falsafah mereka kepada pemikiran materialisme. Sebagaimana yang telah diketahui, materi golongan materialis menafikan fakta Penciptaan. Sebaliknya, mereka mempertahankan bahawa materi telah wujud tanpa keterbatasan masa dan akan tetap kekal sebagai sebagai satu entity mutlak selama-lamanya. Dalam perkataan lain, mereka mendewakan materi. Materialisme dengan itu ditakrifkan oleh sumber materialis;
Materialisme menerima keabadian dan kekekalan alam semesta (tanpa permulaan dan pengakhiran), iaitu tidak dicipta oleh Tuhan, dan adalah tidak terbatas di dalam masa dan ruang.
Sebab mengapa materialisme terlalu mendewakan materi berpunca dari penafian mereka untuk mengakui kewujudan sang Pencipta. Sekiranya materi tidak mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan: sekiranya ia mempunyai permulaan bermaksud ia telah diwujudkan dari tiada, iaitu ia dicipta.
Tidak mengejutkan, kesepakatan yang dicapai oleh dunia sains di akhir abad ke 19 mengesahkan bahawa materi bukanlah mutlak dan bahawasanya ia mempunyai permulaan; keseluruhan alam semestaberasal dari tiada dianggarkan 15 bilion tahun lalu melalui letupan sebuah titik dengan isipadu 'sifar' dan membentuk seperti yang ada sekarang dengan pengembangan sepanjang masa. Autentik fenomena ini yang dipanggil Big Bang, telah dibuktikan melalui beberapa pemerhatian yang kukuh dan eksperimen sepertimana juga pengiraan di dalam bidang fizik teori.
Hal terbaru yang diputuskan oleh sains hari ini mengesahkan fakta bahawa "alam semesta telah diciptakan dari tiada", seperti yang telah dikhabarkan di dalam Al-Qur'an dan semua agama-agama samawi. Sebagai tambahan, sains moden telah menolak materialisme dan menumpaskan mereka di dalam perjuangan yang mereka mulakan untuk menentang penciptaan.
Golongan materialis, akan tetapi, tidak dapat menerima kenyataan bahawa materi adalah diciptakan dan tidak mutlak, betapa sekalipun bertentangan dengan sains. Untuk menerima fakta ini mereka harus menerima kewujudan Allah, dan untuk beriman dengan Allah mereka harus menganut agama dan hidup secara beragama. Suatu yang secara asas digesa oleh agama ialah untuk patuh dan tunduk kepada Allah, dan ini adalah menjadi kesukaran bagi sesetengah orang yang dibutakan oleh kejahilan mereka. Di dalam Al-Qur'an, keadaan orang yang melarikan diri darihakikat kebenaran disebabkan kejahilan mereka -sekalipun kebenaran terpampang jelas- diterangkan seperti berikut:
Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hari mereka meyakininya (kebenaran). Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang yang berbuat kebinasaan. Surah An-Naml:14.
Golongan materialis mempercayai bahawa masa sama seperti materi adalah mutlak: keduan-duanya wujud sejak azali dan akan kekal selama-lamanya. Kesetiaan terhadap anggapan yang salah ini, mereka cuba untuk menafikan takdir, hari kebangkitan, syurga dan neraka. Bagaimanapun, hari ini, sains moden telah membuktikan bahawa sama seperti materi, masa, yang timbul dari materi, juga telah diciptakan dari tiada, dan dengan itu ia juga mempunyai permulaan. Pada masa yang sama, masa adalah fahaman yang relatif, dan bukanlah static dan tidak berubah sebagaimana yang dipercayai sejak sekian lama oleh golongan materialis, dan bahawa ia adalah satu bentuk persepsi yang berubah juga telah dibuktikan di abad ini. Konsep relativiti masa dan ruang juga telah dibuktikan oleh Teori Relativiti Einstein dan fakta ini membentangkan asas fizik moden yang ada hari ini.
Untuk meringkaskannya, masa dan ruang adalah dua konsep yang bukan mutlak, yang mempunyai permulaan dan telah diciptakan oleh Allah dari tiada. Allah, yang mencipta masa dan ruang, sudah pasti tidak terikat dengannya. Allah menakrif, menentukan dan mencipta setiap ketika di dalam masa di dalam masa-sifar. Ini adalah yangmenjadi intipati hakikat 'takdir', yang gagal untuk difahami oleh golongan materialis.
Semua peristiwa-peristiwa yang telah dan yang akan dialami oleh kita, semuanya di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah, yang tidak terbelenggu oleh masa, dan yang mencipta masa dari tiada.
Hari ini, sains moden mengesahkan fakta yang telah dikhabarkan di dalam AL-Qur'an 1400 tahun lalu, yang amat diyakini oleh orang yang beriman. Ini menjadi saksi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Allah. Di sudut lain, pemikiran materialis, yang menafikan kewujudan Allah dan fakta penciptaan untuk berabad lamanya, telah pun ditolak di dalam setiap pelbagai bidang sains, sebuah disiplin yang sentiasa menjadi rujukannya dan yang menjadi tempat perlindungannya. Di dalam buku ini, kita akan menghasilkan bukti-bukti untuk menunjukkan bahwa dakwaan golongan materialis sebenarnya tidak mempunyai sebarang asas saintifik dan logik, dan sebaliknya, materialisme secara total telah dimusnahkan oleh bidang sains kontemporari. Subjek-subjek yang dibentangkan disini mengendungi bukti-bukti yang sangat penting mengenai intipati kebendaan dan sifat relatif masa dan ruang. Oleh hal yang demikian, kamu akan menemui beberapa fakta yang tidak pernah kamu fikir selama ini, dan akan memahami bahawa intipati kebendaan sebenarnya adalah amat berbeza dari apa yang dikemukakan oleh materialisme atau apa yang kamu fikirkan sebelum ini.

Category : edit post

Klik Klik Di Sini

Time

Klik2 Di Sini

Award From Unniesya

Followers

Bagi Makan Ya

Klik Link

Ada Apa Pada Nama

MOHD AMIR
MMesra
OOportunis
HHarum
DDinamik
AAmanah
MMenawan
IIkhlas
RRamah
Apa ada pada nama?